seminggu punya cerita ...


1 Jan 2011
dekat Ampang , rumah Kak Diyana and Along . that night , lepas Along balik kerja , pergi makan satu family . Angah belanja sebab dia dapat bonus . lepas tu , Along bawak pergi tengok firewoks . first time , sambut new year kat luar . sebelum ni , setiap kali new year duduk kat rumah je . kiranya first time lah tengok fireworks , live macam tu . malu je . duduk dekat KL tapi tak pernah sambut new year dekat luar . but not so excited . yelah . dah 29 jam tak tidur . dah tak ada energy dah . masa tu bayangkan katil je . lain tak ada .

2 Jan 2011
hari ni hantar kakak , Alyn tu balik rumah sewa dia dekat Shah Alam . esok dia dah start kuliah . dia dah tak ada kat rumah . aku dah tak ada kawan nak borak . sedih je . lepas ni , aku tak dapat la tengok cerita korea dah . lepas hantar dia , mak dengan ayah aku pergi beli makanan sebab mulut aku bising kata lapar beratus-ratus kali . masa mak dengan ayah pergi beli makanan , aku dikurung dalam kereta . apa lagi ,  pasang radio kuat-kuat lepas tu menyanyi je la . bila balik rumah , tangan semua sakit-sakit sebab angkat barang si Alyn tu .

3 Jan 2011
first day sekolah . macam biasa , hari isnin ada perhimpunan . lepas tu , cikgu-cikgu pun berucap lah . masa pengetua berucap , dia suruh semua yang dapat straight A , bangun . famous sekampung je . malu weyh . lepas tu , bila duduk balik , tiba-tiba muka aku rasa panas gila . kejap je lepas tu dah cool down balik . sengal ohh . dulu-dulu , masa sekolah rendah , dapat straight A siap naik atas pentas tak ada lah pulak sampai muka panas macam tu . hari ni , Ika , Zai dengan Syaza last sekolah . dorang masuk sekolah teknik . Zai tak ada woii . yes yes ! aman hidup aku . kurang satu seteru aku . masa balik sekolah , Amal belanja ais krim . wahh , thanks la Amal . masa otw balik rumah tu dekat tempat parking motor , tiba-tiba kawan Faiz tu nyanyi untuk aku . wekk … tak sedap ar suara dia . bingit telinga je . but thanks la sebab nyanyi untuk aku . kau dengan Faiz sama sengal weyy . mengganggu hidup aku je .

4 Jan 2011
hari ni kena hantar borang yang kita kena pilih nak masuk aliran apa tu . dan yang buat aku rasa nak lempang-lempang muka sendiri bila aku ter-malu-kan diri aku sendiri depan Teacher Nik Roslina . Aida dengan Reinz dah ketawakan aku dekat depan sebab aku blurr gila masa tu . pukul 1.10 hari ni ada meeting untuk kelab dan persatuan . macam tahun lepas . masuk kelab setia je la . lepas tu pergi la kedai buku . nak beli buku sekolah la . masa berdiri dekat situ , tiba-tiba sorang budak form 3 tu terlanggar aku sampai aku nak terjatuh ke belakang . masalahnya , aku berdiri situ tak halang jalan sesiapa pun . dia yang kelam-kabut . dah langgar , tak reti nak minta maaf . tension je aku . dah la panas , penat . huh !

5 Jan 2011
hari ni oientasi dah habis . masuk kelas macam biasa . lepas tu ada pemilihan class monitor , penolong dengan macam-macam lah lagi . lepas tu , hari ni aku malukan lagi diri aku depan Teacher Nik . adoyy ~ buat kali keduanya . malu wey … yang aku beria-ia angkat tangan masa tu apahal la . orang tak suruh lagi . tak pasal-pasal aku termalu lagi hari ni . masa aku nak pergi dekat tempat Af’rina nak tengok buku English dia yang dah lekat sticker tu , tiba-tiba Sarah kata “liana , awak jadi AJK BM eh . kata la nak . nak tau . okay dah” . lepas tu ,  terus dia pergi . aku tercengang-cengang je kat situ . dan sekarang aku tengah fikir , apa aku nak buat untuk tampal dekat papan kenyataan dekat belakang kelas untuk subjek tu ? apa-apa lah kan . lepas tu , hari ni ada meeting untuk unit beruniform . aku masuk PBSM . dah 3 tahun . tapi markah koko aku setiap hujung tahun , sikit jugak . sebab bila PBSM  buat perjumpaan , aku malas pergi . mana la nak ada markah kan weyy .

6 Jan 2011
hari ni dah start belajar . nota chemistry banyak woi . BM pun ada kerja . tu je kut . lepas tu , 1.10 p.m ada meeting untuk sukan and permainan pulak . mimpi apa aku entah la . aku masuk permainan hoki dengan Reinz . saja nak try something new . ingatkan kelab ni tak aktif , sekali tu cikgu cakap , kelab hoki maybe nak buat latihan hari jumaat and sabtu . wth ? aku nak buat homework bila masanya lah nanti ? lepas tu mana nak qada’ balik tidur . mana cukup masa woi . ni baru awal tahun , nanti dah tengah-tengah tahun tu , tak ke aku jadi zombie je sebab tak cukup rehat punya pasal . adoyy ~

7 Jan 2011
jumaat . yes yes …esok cuti . pagi ni ada meeting untuk rumah sukan . aku rumah kuning a.k.a mat kilau . tapi tak ambik port pun . duduk barisan belakang . lepas tu masa cikgu cakap-cakap dekat depan , aku dekat belakang baca Papa …(akhirnya kau tewas jua!) . lepas dah settle , naik la kelas . belajar macam biasa . masa PSK , cikgu tak ada . Viknes , Ajwad dengan Rahman bising gila . bengang betul . nasib baik Zai dah tak ada , kalau tak lagi doubletriple tahap kebisingan dalam kelas ni . hari ni balik 12.30 . balik rumah , Kak Diyana pun sampai . lunch sekali dengan dia . akak akak , makan banyak-banyak tau . jaga diri akak , dengan baby elok-elok . :]

Sorry for the inappropriate language used !

No comments: