away !

kbyee all.
lepas ni saya tak online dah.
tak tau lah sampai bila.
cuti sekolah dah nak habis.
tapi satu benda berguna pun saya tak buat.
nak buat revision lagi la haremmm.
so lepas ni nak cut broadband ni untuk sebulan dua.
nak settle-kan barang-barang sekolah,
study sikit maybe.
nanti start sekolah of course lah busy.
tak ada masa nak online dah.
so byee.
Fynaz,
byee dik. ada masa nanti, chatting la kita ye. gonna miss you.

Alynfazlin,
toksah tunggu aku online ye. apa-apa hal roger kat handphone je. jangan jimat nak mesej aku sangatlah kan.

Sorry for the inappropriate language used !

please la korang ...

kalau tak tau apa-apa,
jangan buat kesimpulan sendiri sebab kata-kata 'korang' tu nanti mungkin akan menyakitkan hati orang yang mendengar or membaca *mesej*
aku tak suka la 'korang' tuduh aku bukan-bukan.
aku bukan nak pilih-pilih kawan.
masalahnya 'korang' sendiri yang salah faham dengan aku.
'korang' tak tanya apa-apa,
terus serang aku macam tu.
maaf kalau aku ter-sound 'korang' tadi.
aku tak berniat pun tapi aku sakit hati bila aku dituduh macam tu.

AKU MEMANG KECEWA GILA BILA DAPAT MESEJ TU
you know who you are.
aku banyak bersuara melalui blog aku.
maaf kalau 'korang' tak puas hati dengan entry ni.

Sorry for the inappropriate language used !

2011 M.net Asian Music Award

semalam *29 Nov 2011*,
aku layan tv program ni la dekat 8tv.
secara tak sengaja sebenar termasuk channel ni.
bila dah tengok muka Lee Teuk *SuJu* dengan YoonA *SNSD* dekat kaca tv.
haremm la nak tukar channel kan.
minat gila dekat dorang ni.
Asian Music Award ni buat dekat Singapore.
untunglah jadi orang Singapore.
boleh tengok artis Korea menimbun dekat sana.
ciss... dengki gila.
Girls Generation, Super Junior, 2NE1, Miss A, Kim Hyun Joong.
demmm...
cerr sebut siapa lagi, banyak gila yang ada.
award yang aku ingat pemenang dia *below*.
sebab award ni boleh dikatakan gah jugak la.

Awards :

Best Male Group
Super Junior

Best Female Group
Girls Generation
Song of The Year
 2NE1 (I Am The Best)

Artist of The Year
Girls Generation

Album of The Year
Super Junior (Mr Simple)


Sorry for the inappropriate language used !

random ...

anonymous,
awat la korang ni beria-ia komen tapi tak gheti-gheti nak tinggalkan identiti?
bukannya korang cakap bukan-bukan pun.
yang nak sorok identiti sangat tu apahal lah?
jangan buatkan orang lain tertanya-tanya boleh?
hmmm...
...............................................................

bila aku buat baik sekali,
tak payah la nak melebih kan.
kau nak pinjam barang aku.
kfinee.
tapi jangan la melampau sangat.
ikut suka kau je time bila nak pinjam.
walaupun rapat mana kau dengan aku,
baik mana aku layan kau,
jangan nak melebih.
fed up ahh.
reti sedar diri la.
hishh~
...............................................................

24 November 2011, 5.14 p.m
deal k bro.
either hang ada girlfriend or cheq yang ada boyfriend,
KITA PUTUS.
ingatkan kau main-main.
rupa-rupanya kau serious.
tak kisah la.
kau abang aku sampai bila-bila.
ingat tu.
walaupun kau selalu kata aku perangai macam monyet, adik paling tak guna dalam dunia, budak gedik anak manja mak.
aku still sayang kau walaupun rasa macam nak bagi penyepak sekali sekala.

situasi berbeza melibatkan individu yang berbeza.
apahal ayat nak baku sangat ni?

Sorry for the inappropriate language used !

@ KLIA

goodbye Alang.
see you next year, Doctor Dila.
semoga selamat sampai sana.
belajar rajin-rajin.
makan banyak-banyak biar lagi berat dari Na.
umur dah 25, badan cekeding je.
next year balik, belanja coklat bebanyak.
gonna miss you.
take care, byee.

Published with Blogger-droid v2.0.1

Sorry for the inappropriate language used !

yeah ! menang jugak !

penalti pun penalti lah.
menang tetap menang.
riuh rendah satu kawasan Setapak woi.
siap ada yang berlari-lari bawak bendera Malaysia.
mercun pung pang pung pang.
siapa ada bunyi macam siren la.
coolio~ hee~
penantian berakhir dengan kegembiraan.
tak sia-sia buang masa lelama tengok bola sebijik tu.
haish~
congrats Malaysia.
iloveyou.
bhahaha~
Happy Birthday Farish Edzrey *3 bulan je pun*
p/s : bila tengok bola tadi, tetiba teringat DIA. dulu saya selalu marah dia sebab obses sangat dengan bola. now kalau rindu dekat dia mesti nak tengok orang main bola. okay stop! tak nak cerita soal hati dan perasaan dah. sayang dan iloveyou saya bukan senang beralih arah walaupun DIA dah tak ada. kbyee~


Sorry for the inappropriate language used !

no more please ...

no more
tagging
contest / GA
survey
segmen
or anything

now it's only time for
blogwalking
visiting back
following back
and chatting with the close friends / bloggers

really sorry and very sorry if ada yang tag saya tapi saya tak bagi feedback :)

Sorry for the inappropriate language used !

good luck to all SPM candidates 2011

hari ni hari first SPM.
tapi dorang ni tak ada gaya-gaya muka cuak pun.
semua aku tengok relaks je.
okaylah tu.

so good luck and all the best to,
ex boyfiee, Boy
gangster besar, Kucai
sedara mara, Ezz
and all form 5 students of SMKSI and budak-budak Cheras tu.

done! aku memang tak banyak kawan. and yang stated dekat atas tu semua lelaki. err? k fine. kawan sikit hidup aman tak apa. kawan ramai tapi talam bermuka-muka bak kata Fara Roslan, apa cerr? memang tak mengenal "apa tu tapak kaki" lagi la tu. sedihhh la wey!
FARA ROSLAN, AKU SOKONG KAU SESANGAT!

Sorry for the inappropriate language used !

tak suka Google Chrome and Celcom

asal open lebih daripada 2 tabs,
mesti "Google Chrome has stopped working".
apa kes?
disebabkan tu la dah berhari-hari aku tak boleh blogwalking.
mozilla firefox pulak tak ada.
but sekarang dah download mozilla tapi mozilla ni lembab sikit kalau nak compare dengan chrome.
huh.

yang Celcom Broadband ni pun buat hal.
kadang-kadang "limited access" tapi kadang-kadang boleh pulak.
so mood nak blogwalking pun terbang melayang-layang.
bosan bosan bosan.
BURN LA WEYY !

Sorry for the inappropriate language used !

test market ?

hari ni kan kan ...
8 November 2011

LYANA KENA TANGKAP SEBAB MELANGGAR PERATURAN SEKOLAH

cepat cepat. jom padan muka dekat saya sebab buat jahat tapi tak pandai cover. kuikuikui~ chill babe. ni balasan dosa aku la kot sebab before tu, aku gossip-gossip dengan member sebelah pasal cikgu tu. sekali dia yang tangkap aku sebab melanggar peraturan sekolah. selalunya, kalau aku langgar peraturan sekolah, tak pernah kantoi. tapi hari ni? malang tak berbau nokk. aku rasa aku kena mandi bawah jambatan la macam ni. hee~

tapi tak apa. ni namanya, pengalaman, kenangan dan PENANGAN. penangan apa? penangan SINGA BETINA namanya. aku rasa cikgu ni ada daulat la. sekali aku gossip pasal dia, terus aku kena bala. hakhakhak~ jahat mulut aku. don't take it so seriously okay reader? at least aku ada pengalaman apa. tak ada la skema sangat zaman sekolah aku. nanti next 20-30 years *kalau hidup* boleh cerita dekat cucu cicit,

"dulu kan, nenek kena tangkap masa langgar peraturan sekolah. nenek kena panggil dengan cikgu disiplin lagi. cikgu disiplin tu suara kuat macam bunyi singa. aummm aummm."

haa. cool kan kalau boleh cakap macam tu? :D

aku tak bengang pun dengan cikgu tu sebab dia tangkap aku langgar peraturan. memang salah aku kan? watchillbebeh. lepas kena dush dush dush barang 2-3 minit, dia stop la. apa ada hal? telinga aku dah kebal. aku pun bukan jenis nak boikot cikgu bila kena hukuman. eley~ 3-4 markah demerit je kalau kena pun. belum 10-20. kalau dah 10-20 markah demerit, baru boleh dapat surat amaran pertama. jauh lagi tu... :) tapi hari ni test market kut. depan orang ramai tu kena panggil. segan tu ada la. tapi aku kan muka tembok. tembok besi yang legap. confirm tak tembus! hehe~

Sorry for the inappropriate language used !

apa erti kecantikan pada kamu

[klik banner atas tu reramai jom]

saya di-tag oleh si chantek Ezzattie Ezzat

apa erti kecantikan pada saya?

sebab saya perempuan, saya tak pandang sangat pada kecantikan ni. karang ada yang dicop 'lesboo' kang. haa... sapa nak bertanggungjawab? mak straight nokk. jiwa mak masih pada lelaki. :D

tapi apa ada pada kecantikan rupa? sementara je pun. cantik cantik bawak kemana? tapi bagi yang cantik semulajadi tanpa perisa tambahan seperti Vitamin C, collagen dan sebagainya tu, kredit la untuk dorang. anugerah Allah, siapa kita nak pertikaikan. betul dokk? cakap betul sekarang. kalau tak, patahkan pembaris Awokk.

dan saya pun bukanlah tergolong dalam golongan CANTIK YA AMAT tu. tapi cukup la dari segi fizikal dan mental. bersyukur dah ni Bedahh oiii... dan saya pun tak memilih lagi-lagi part berkawan, "eh... kau hodoh hidung kembang semangkuk, aku takmo kawan ngan kau". uishhh. mintak simpang la. saya bukan macam tu. janji Awokk rajin melayan saya bersembang, confirm saya jadi peramah walaupun kenal baru beberapa hari.

dan selalunya saya label MINAH NI CANTIK LA bila seorang perempuan tu, senyum dengan ikhlas waktu berborak. tak cover-cover ayu bila buat sesuatu perkara. senang cerita la. toksah putar belit, ikut jalan straight, saya label seorang perempuan tu cantik bila dia MENJADI DIRI SENDIRI dalam setiap apa yang dilakukan.

mungkin kelakuan seorang perempuan tu agak over nak kebaboom je tapi hati dia? boleh korang nampak? haa... tak nampak kan? tak semestinya, perangai macam gangster kampung, hati dia pun busuk macam loji taik. kan kan? sebab tu la wujudnya phrase "don't judge a book by its cover". itu pun tak gheti gheti ke? ni yang kawe nok marah ni.

dah dah. nak stop dah ni. nanti lagi panjang saya merepek-merapu-meraban. byee. :) nak tag ;

Sorry for the inappropriate language used !

untuk Fynaz yang bertanya ;

ni haa cara nak link-kan gambo ;

1st, upload gambar macam biasa je.


lepas tu, jadi la cam kat bawah ni.


next, highlight kan gambar tu. jadi warna biru kan? lepas tu klik word 'link' tu. yang dekat arrow tu.


then, keluar box macam dekat bawah ni. dekat arrow tu, Fynaz letak la link apa yang Fynaz nak, bila orang klik gambar akan teus link ke page mana-mana.


dah siap. publish post macam biasa. done! huu? paham ke akak merepek ni? kalau tak faham nanti bagi tau ek. :)

Sorry for the inappropriate language used !

Ieyza Afieyna 1st Giveaway

[klik banner sesuka hati secara percuma]

tadi saya kunjung balas dekat blog Lyana Kamal. lepas tu terjumpa GA ni. saja je join. isi masa lapang yang dah banyak terbuang sebab terbongkang atas katil melayan rasa mengantuk yang tak berkesudahan tu.
nak tag si chantek manis ;

Sorry for the inappropriate language used !

Segmen | Naikkan Trafik, Tambahkan Follower, Ramaikan Pembaca

[klik banner tu kalau nak tau sangat]

tak ada benda lagi nak cakap.tu je. :D
kalau follow blog ni, tinggal jejak.
confirm saya akan kunjung balas and follow back.

Sorry for the inappropriate language used !

kenapa tak boleh blogwalking?

uhh... saya tak sihat la. flu, batuk and rasa macam nak demam. semua bercampur jadi satu. nak blogwalking pun tak best sebab batuk-batuk. nasib tak tersembur je air liur dekat lappy ni. maka dengan itu, nak beramah mesra dengan blogger lain pun macam tak best sangat. tunggu ye bila dah sihat sikit nanti, saya gegar blog korang. ecehh... blogger yang peramah macam saya. wahh... puji diri sendiri pulak.


saya link-kan dorang sekali. dorang ni saya pilih berdasarkan keramahan dorang melayan omong kosong saya di shoutbox. dorang rajin kunjung balas blog simple saya ni and tinggal jejak dekat shoutbox. best kawan dengan dorang. rajin bersembang walaupun benda tak menarik. :')


Sorry for the inappropriate language used !

SEGMEN>SAYA KOMEN BLOG ANDA

[klik banner tu haa]

Farhanah Adzlan yang invite saya sendiri. huu~ thanks dear. tu je. tak tau nak cakap apa lagi. :D

Sorry for the inappropriate language used !

OHSEEEM Giveaway by Faqihah, Scha, Ain

[klik banner]

sebab tak ada kerja nak buat. saya nak join GA ni.
nak tag ;


Sorry for the inappropriate language used !

|SEGMEN| Stop! Den Nak Follow Ekau!

[klik banner kat atas]

dah banyak hari tak sign in blog ni sebab tak sihat. so hari ni nak join segmen Myra.
nak tag ;

Sorry for the inappropriate language used !

ALVAS BIRTHDAY GIVEAWAY

[klik banner]

malas nak type panjang-panjang.
aku join ni sebab nak test ke-bertuah-an diri sekali lagi.
poyo poyo.
saja join sebab boring and tak ada idea nak update entry.
tu je.
aku tak tag sesiapa sebab blog owner tu tak ada suruh tag sesiapa sebagai rules.
:')

Sorry for the inappropriate language used !

maggi = lidi sate rendam dalam air panas

sat je tadi aku masak maggi.
maggi kering + sos.
haa... faham dok?
maksudnya, maggi yang tak berkuah ala-ala kering tapi dicampur sos masa letak perencah tu.
maka hari ni merupakan hari yang serba tak kena,
maggi yang aku masak sudah jadi teetttttt...
mak aku cakap, maggi tu dah rupa lidi sate rebus dalam air panas.
sebab dah ala-ala keras tak keras, lembut tak lembut.
masih sedap untuk dimakan tapi susah untuk dihadam.
errr...
apakah yang berlaku?
semua gara-gara salah bajet letak air.
nak buat maggi kering kena pandai bajet berapa banyak air nak guna.
terlebih air jadi maggi kuah, terkurang air jadi macam aku la.
apa boleh buat.
telan je la.
apalah nasib, time tengah mengidam nak makan maggi, time tu pulak tak jadi serupa maggi.

Sorry for the inappropriate language used !

SEGMEN JOM NAIKKAN JUMLAH FOLLOWER DENGAN MENDADAK!

[klik je banner dekat atas. percuma tak payah bayar]

tadi saya blogwalking dekat blog Diyana Ali.
sebab tak ada entri best nak tulis,
saya join je la apa-apa segmen.

nak tag ;


Sorry for the inappropriate language used !

25 Things Random Giveaway by Penmerah.com

saya di-tagged oleh Adik Fynaz sayang. :)
sebab nak test diri ni bertuah or tak, saya join la.
okay... okay...  tipu je.
ye ye je nak test ke-bertuah-an diri.
sedangkan saya sebenarnya dah naik juling biji mata tengok barangan untuk GA tu.

[klik banner di atas]

nak tag ;



Sorry for the inappropriate language used !

tagged (!)

uikks. 
Adik Fynaz yang tagged saya mende alah ni.
apa benda?
saya pun tak paham sebenarnya.
:D

THE RULES :) 

1.You must post these rules.
2.Each person must post 11 things about themselves in their journal.
3.Answer the questions the tagger set for you in their post. And create eleven new questions for the people you tagged to answer.
4.You have to choose 11 people to tag and link them on the post.
5.Go to their page and tell them you have tagged HIM/HER
6.No tag back!
7.No stuff in the tagging section about " YOU ARE TAGGED IF YOU ARE READING THIS" YOU LEGITIMATELY (a.k.a REALLY, TRUST, WITH ALL HONESTY) have tagged 11 people.

11 THINGS ABOUT LYANA

1.Tak suka diganggu sewaktu tidur.
2.Suka kucing comel. Hodoh tak suka. :D
3.Suka baby yang tak suka menangis.
4.Tak suka minum susu yang berwarna putih.
5.Tak suka pakai pakaian yang berwarna meriah-meriah.
6.Suka baca novel cinta dan yang ala-ala falsafah sikit.
7.Suka menangis sorok-sorok daripada pengetahuan orang lain.
8.Senang lembut hati bila dipujuk.
9.Tak reti memasak walau hanya nasi kecuali maggi.
10.Suka melawan balik bila ada orang cari pasal.
11.Baik bila orang buat baik, jahat bila orang buat jahat. Fair and square. :)

QUESTIONS FROM FYNAZ

1. law kowang di beri peluang...na jd ape...n knpe ?
: saya nak jadi pharmacist sebab mak saya suruh saya ambik course yang ada kaitan dengan hospital. saya kan anak yang mendengar cakap. :) tapi ni perancangan je.

2.korea ??? kowang minat ta ?
: minat sesangat. tapi tak la sampai semua cerita korea nak tengok. depends.

3.eti men gitar ??? law reti ajar bley ?? hehe
: tak gheti la. pegang gitar pun tak pernah. ecehh... tipu je.

4.name penoh ape..may i know ?
: Lyana M... :)

5. umo lak ??
: 16 tahun nak masuk 17 tahun dan bakal sengsara dengan SPM tak lama lagi.

6.ade gajet pe ? senarai kan ...hehe
: gajet tu ape? :) lappy je kut.

7.ade suke someone ??
: emmm... ada kut tapi senyap-senyap je. :'(

8. blog ya pling wat kowang terpegun..except my blog..(i know my blog well , buwookk )
: blog Yuyu Zulaikha boleh?

9.at kolah mesti de gelaran kn..ape dy ?
: dulu-dulu ada orang panggil saya Strawberry sebab saya selalu pakai stoking gambar strawberry tapi semalam baru dapat gelaran baru, Senah! wutdehell?

10. suke Fizo omar taaaa ???
: biasa-biasa je. lagi suka Aaron Aziz.

11. suke lappy@ipad ??
: suka ipad tapi ada lappy je. bersyukur lah kan. ^-^

MY QUESTIONS

1.Anda takut kucing tak? Kalau takut, kenapa?
2.Kenapa orang lagi pilih lagu and filem luar negara dari Malaysia?
3.Percaya tak dengan sihir or ilmu hitam?
4.Ada idea tak macam mana nak kawal marah?
5.Zaman sekolah rendah or menengah lagi best? Kenapa?
6.Apa yang membuatkan anda bersemangat berkobar-kobar nak pergi sekolah?
7.Kenapa most perempuan takut lipas?
8.Lagu melayu lama or yang latest lagi best and tak boring nak dengar ulang-ulang kali?
9.Filem hantu Malaysia tak seram ek kalau nak compare dengan luar negara? Kenapa?
10.Pernah tak buat masalah dengan cikgu sampai bermasam muka? Apa yang anda buat?
11.Anda lagi suka pergi sekolah and jumpa kawan-kawan or ponteng sekolah and duduk rumah?

done!
perghhh.
bingai kepala hotak aku nak create soalan bebanyak.
so sekarang aku nak tag ;

1. Keyla
3. Kechik


Sorry for the inappropriate language used !

Contest Blog Terbaeek Punyaa!

[klik banner kat atas tu haa]

Mish Purple yang tag ni.
sebab rajin and tak ada benda nak buat,
so saje-saje join.

nak tag ;

Sorry for the inappropriate language used !

uhh ... kenduri ?

malam ni tak boleh nak chatting dengan Adik Fynaz kecik tomeyy sebab nak pergi kenduri.
eh... dia kawan baru saya tau.
kawan kenal time blogging.
^-^
dah dah.
nak signing out ni nak siap-siap pergi kenduri.
amboi, melampau!
baru pukul 4 dah nak bersiap sedangkan kenduri lepas maghrib nanti.
biasa la.
perempuan kan kalau bersiap mesti nak lama tak boleh sekejap.



Sorry for the inappropriate language used !

weekend tanpa rehat :'(

1. sabtu malam ada kenduri rumah sedara
2. pagi ahad pun ada kenduri
3. homework add maths bergunung
4. blogwalking belum tamat lagi


p/s : nampak macam sikit. tapi dah kalau pergi kenduri, bila pulak la nak blogwalking and siapkan homework? dan kalau dah blogwalking, bila masanya nak rehat? adehh... dah akhir-akhir tahun pun ada homework. nampak sangat la silibus tak habis cover lagi. wuu wuu T-T
Sorry for the inappropriate language used !

jamuan *ek?*

keputusan dah muktamad.
agenda untuk jamuan akhir tahun kelas aku tahun ni dah ditukar.
ala-ala family day.
kelas gituuuu...
ada dalam lebih kurang 6 games yang akan kitorang main.
boleh tahan mencabar dah tu kut.
kitorang yang organizer ni dah tepu kepala hotak mencari idea nak buat games yang boleh menawan kalbu classmates yang lain.
dan akibat aku yang terpengaruh sikit-sikit dengan Running Man,
ada la satu dua games tu dah ala-ala dalam Running Man.
peniru betul Lyana nih.
ek?
lepas tu ada la makan-makan ala-ala piknik dekat tasik tempat jamuan kitorang tu.
hebakk tak?
dan games 'basah' dah tentu-tentu yang paling awesome sekali.
btw, ada sesiapa nak kata buat sukaneka untuk jamuan kelas tu macam low class or tak gempak?
ek eleh... sambil having fun, boleh mengenyangkan perut and rapatkan hubungan antara classmates apa.
kan kan?
dah la tahun depan kelas tak berubah sebab ada satu je science streams dekat sekolah aku tu.
tahun depan pun muka sama jugak.
uhh... harap-harap ada jejaka tampan yang pindah masuk kelas aku tahun depan.
=.='

p/s : tapi masalahnya, aku takut aku ada hal lain tarikh tu nanti. sedih la pulak kalau tak dapat join. tadi dah semangat sampai rasa nak loncat-loncat atas meja sebab nak mempertahankan idea masing-masing. hmm...

Sorry for the inappropriate language used !

Header free untuk kamoo by Dunia Ayu

[klik je banner atas tu toksah banyak cakap ^-^]


nak header yang ;
1) simple je
2) tak nak letak gambar sendiri tp nak gambar yang ala-ala kartun tu. doodle kut namanya.
3) nak colour meriah-meriah yang kena dengan tema blog.
4) nak tulis i-love-the-way-i-am.blogspot.com by Lyana M

tu je. sorry demand banyak pulak, Kak Ayu.
^-^

Sorry for the inappropriate language used !

Segmen Cik Bunny : Jom Blogwalking!

[kalau rajin, klik banner dekat atas tu haa]

join sekadar untuk suka-suki.
tambah kawan.
tak salah kan?
:)

Sorry for the inappropriate language used !

teka teki pagi hari mak aku ...

kenapa siput babi jalan lembab?

jawapan aku yang satu pun tak mengena ;
1) sebab cenkerang dia berat
2) sebab dah nama siput, memang la jalan perlahan


...

...

...

...


okay. jawapannya sebab siput tu tengah berfikir, dia ni SIPUT ke BABI. uhuks... logik ke? hok aloh mak. buat lawak ke apa? mana lah mak aku dengar teka teki ni. mencabar otak aku yang lembab ni betul la.

Sorry for the inappropriate language used !