uhh ... kenduri ?

malam ni tak boleh nak chatting dengan Adik Fynaz kecik tomeyy sebab nak pergi kenduri.
eh... dia kawan baru saya tau.
kawan kenal time blogging.
^-^
dah dah.
nak signing out ni nak siap-siap pergi kenduri.
amboi, melampau!
baru pukul 4 dah nak bersiap sedangkan kenduri lepas maghrib nanti.
biasa la.
perempuan kan kalau bersiap mesti nak lama tak boleh sekejap.



Sorry for the inappropriate language used !

weekend tanpa rehat :'(

1. sabtu malam ada kenduri rumah sedara
2. pagi ahad pun ada kenduri
3. homework add maths bergunung
4. blogwalking belum tamat lagi


p/s : nampak macam sikit. tapi dah kalau pergi kenduri, bila pulak la nak blogwalking and siapkan homework? dan kalau dah blogwalking, bila masanya nak rehat? adehh... dah akhir-akhir tahun pun ada homework. nampak sangat la silibus tak habis cover lagi. wuu wuu T-T
Sorry for the inappropriate language used !

jamuan *ek?*

keputusan dah muktamad.
agenda untuk jamuan akhir tahun kelas aku tahun ni dah ditukar.
ala-ala family day.
kelas gituuuu...
ada dalam lebih kurang 6 games yang akan kitorang main.
boleh tahan mencabar dah tu kut.
kitorang yang organizer ni dah tepu kepala hotak mencari idea nak buat games yang boleh menawan kalbu classmates yang lain.
dan akibat aku yang terpengaruh sikit-sikit dengan Running Man,
ada la satu dua games tu dah ala-ala dalam Running Man.
peniru betul Lyana nih.
ek?
lepas tu ada la makan-makan ala-ala piknik dekat tasik tempat jamuan kitorang tu.
hebakk tak?
dan games 'basah' dah tentu-tentu yang paling awesome sekali.
btw, ada sesiapa nak kata buat sukaneka untuk jamuan kelas tu macam low class or tak gempak?
ek eleh... sambil having fun, boleh mengenyangkan perut and rapatkan hubungan antara classmates apa.
kan kan?
dah la tahun depan kelas tak berubah sebab ada satu je science streams dekat sekolah aku tu.
tahun depan pun muka sama jugak.
uhh... harap-harap ada jejaka tampan yang pindah masuk kelas aku tahun depan.
=.='

p/s : tapi masalahnya, aku takut aku ada hal lain tarikh tu nanti. sedih la pulak kalau tak dapat join. tadi dah semangat sampai rasa nak loncat-loncat atas meja sebab nak mempertahankan idea masing-masing. hmm...

Sorry for the inappropriate language used !

Header free untuk kamoo by Dunia Ayu

[klik je banner atas tu toksah banyak cakap ^-^]


nak header yang ;
1) simple je
2) tak nak letak gambar sendiri tp nak gambar yang ala-ala kartun tu. doodle kut namanya.
3) nak colour meriah-meriah yang kena dengan tema blog.
4) nak tulis i-love-the-way-i-am.blogspot.com by Lyana M

tu je. sorry demand banyak pulak, Kak Ayu.
^-^

Sorry for the inappropriate language used !

Segmen Cik Bunny : Jom Blogwalking!

[kalau rajin, klik banner dekat atas tu haa]

join sekadar untuk suka-suki.
tambah kawan.
tak salah kan?
:)

Sorry for the inappropriate language used !

teka teki pagi hari mak aku ...

kenapa siput babi jalan lembab?

jawapan aku yang satu pun tak mengena ;
1) sebab cenkerang dia berat
2) sebab dah nama siput, memang la jalan perlahan


...

...

...

...


okay. jawapannya sebab siput tu tengah berfikir, dia ni SIPUT ke BABI. uhuks... logik ke? hok aloh mak. buat lawak ke apa? mana lah mak aku dengar teka teki ni. mencabar otak aku yang lembab ni betul la.

Sorry for the inappropriate language used !

Genk! Saya Blogger Gila

  
[klik klik banner tu]

Isi masa lapang join segmen ni!

Aku gila kan :


aku memang suka gila-gila dengan kucing. sampaikan kalau dekat sekolah aku ada kucing comel, mesti awal-awal lagi aku dah cop yang kucing tu kucing aku. tapi aku tak bela pun kucing dekat rumah. mak aku kata leceh. :'(

kalaulah kucing ni boleh jadi milik aku. sobsob T-T


Sorry for the inappropriate language used !

BEN ASHAARI DAN RAKAN BLOGGER

[jom klik banner dekat atas]

Blog ni aku buat around bulan 10 or 11 tahun lepas. tapi tak aktif sangat sebab masa tu, tujuan aku ber-blog sekadar nak tulis apa je yang terlintas dalam fikiran or about apa yang terjadi setiap hari. lebih kurang macam diari la. tapi bukan untuk hal yang personal sangat. dulu tak pernah terfikir pun nak tambah kenalan dekat alam maya ni. tapi bila dah selalu blogwalking dekat blog-blog otai, tiba-tiba terfikir "apa salahnya kalau tambah kawan kan?". so start dari situ baru la ada niat nak join segmen, follow sana sini and tambah kawan. sekarang, walaupun tak banyak followers tapi dah kenal jugak serba sedikit dunia luar berdasarkan cerita-cerita blogger-blogger otai tu. kawan untuk saling comment post masing-masing pun dah ada. :)

Idola aku dalam dunia blog ni, Lyssa Faizureen, Ben Ashaari, Yuyu Zulaikha, Wan Hazel dan Solicious Storynory sebab dorang ni banyak bagi tunjuk ajar dalam dunia blog and selalu share tutorial. tak kedekut pun. :)

Sorry for the inappropriate language used !

Happy Deepavali !


Happy Deepavali to all Indians.
and also to my Indians classmates ;
Subashini, Ashvinder and Ashvinder.
anyone missing?
nope and done!
:D

Sorry for the inappropriate language used !

pung pang pung pang ...



okay... dari tadi dekat area rumah aku ni, bising kemain. dah pukul 12.16 am, 26 Oktober 2011 ni. bunyi mercun tak henti-henti. mercun jenis apa la dorang main agaknya? berminat pulak aku nak tau. dah la bunyi kuat, panjang berjela pulak sambungan bunyi-bunyi tu. tadi orang dekat rumah aku ni asyik dok merungut pasal bunyi mercun tu. jawapan aku senang je, "biarlah dorang nak raya. raya kita dah lepas". betul la kan? raya kita masa tu pun gegak-gempita jugak Malaysia ni dek bunyi mercun. so apa ada hal?

tapi aku dengki !!!

dengki apa sebab? sebab aku jealous. jealous apa sebab? sebab AKU TAK RETI MAIN MERCUN. seriously. nasib baiklah aku ni pun memang jenis yang takut dengan bunyi kuat-kuat. kalau tak tadi aku dah sahut cabaran abang aku nak main mercun. kebetulan baki mercun yang abang aku beli masa raya puasa hari tu ada lagi. okay cukup... aku dengki gegila dah ni.

p/s : gambar dekat atas tu tak ada kena-mengena dengan pesta mercun dekat area rumah aku ni.

Sorry for the inappropriate language used !

Segmen:Jom Kenali Blogger By Manja

kalau rajin, klik banner dekat atas yep!

saya nak tag ;

done ! ! !


Sorry for the inappropriate language used !

Segmen Kancil8349 : Kartun Animasi Yang Paling Korang Suka

jom klik ramai-ramai dekat banner atas tu.


Nama Kartun Animasi tersebut
Upin dan Ipin

Mengapa anda minat kartun animasi tersebut
sebab aku tak suka tengok kartun lain selain kartun buatan Malaysia. bersemangat patriotik kan? ehem ehem... lagipun aku rasa kartun ni banyak moral value and paling penting semua benda yang karakter dalam cerita ni buat, logik dan boleh diterima akal. tak macam sesetengah kartun yang tak logik pun nak wujud dalam kehidupan realiti. :D

Mula minat pada tahun berapa (jika ada)
sejak kartun ni mula keluar dekat TV la.

Watak paling best dalam kartun animasi yang korang suka
Kak Ros =.='

Letak apa - apa gambar mengenai kartun animasi korang suka (Satu pun sudah cukup)




Sorry for the inappropriate language used !

air panas T-T

masa dekat dapur tadi, entah macam mana aku tertuang air panas atas jari-jemari *haha* dekat tangan kiri. nasib baiklah air tu bukan air panas yang menggelegak gila-gila tu. air panas yang tak berapa nak panas dan tak berapa nak sejuk la kiranya. tapi jari aku boleh tahan merah jugak la. perit bukan main. tapi kalau nak ikut dari logik akal manusia yang waras, sikit je sebenarnya. tapi disebabkan aku ni ada cita-cita murni yang tak kesampaian iaitu nak jadi Drama Queen, frekuensi jeritan aku tu pun mencanak-canak naik macam traffik blog Ben Ashaari. kononnyalah... macam la banyak sangat air panas yang tumpah. sikit je pun tapi jeritan aku boleh melumpuhkan gegendang telinga mana-mana makhluk yang ada dekat cakerawala ni. apa boleh buat. Ziana Zain pun surrender kalau dengar suara aku yang tarik-tarik tu. hmmm...

p/s : maaf jika ada sesiapa yang marah saya menggunakan nama abang Ben Ashaari tanpa kebenaran. :D

Sorry for the inappropriate language used !

kau ingat sesenang tu ?

lepas kau maki aku hari Jumaat lepas,
kau ingat sesenang tu aku nak lupakan?
lepas kau sembur aku macamlah aku ni tak ada perasaan,
aau ingat sesenang tu kau nak call aku dan mintak maaf?
lepas kau buat aku rasa macamlah aku ni kawan paling tak guna dalam dunia,
kau ingat sesenang tu keadaan nak kembali macam asal?
kau maki aku sedangkan kau tak tau hujung pangkal cerita,
macam tu kau kata kau kawan baik aku?
satu je aku nak tanya kau,
layak ke aku yang kau maki-maki ni bagi kata maaf dekat kau?
fikir-fikirkanlah.

p/s : dulu kau selalu tegur aku, suruh aku fikir dulu sebelum buat sesuatu tapi sekarang siapa yang tak guna otak? Kau atau aku? Dah la… aku tak nak bergaduh dengan kau. Kau pun tau cara senang aku tu. Kalau aku tak nak cakap, aku reject je call. so please, mohon faham bahasa ye. =.= 

Sorry for the inappropriate language used !

gua, babysitter tak bergaji!

"Farish... senyap la. tidur tidur."

hari ni hari first Mama and Abah, Farish Edzrey *anak buah aku* tinggalkan si Farish Edzrey ni dekat rumah aku. ye lah... dorang kerja kan. lepas tu, hari ni budak ni asyik buat perangai je. hishh hishh... kejap kejap nangis. disebabkan aku ni mak cik mithali, asal dia menangis je, aku bagi dia minum susu. lepas tu dia tidur lagi. bila dia bangun and menangis lagi, aku bagi susu lagi. bagus kan aku? tak pasal-pasal obesity pulak anak buah aku ni. biaq pi la. janji dia senyap. pampers dia pun aku dah berjaya tukar tadi. dah boleh kahwin ni. ecehh...

p/s : mak aku kata aku gatal sebab aku cakap aku dah boleh kahwin bila aku dah berjaya tukar pampers Farish Edzrey. bukan gatal la mak! merancang masa depan namanya tu. =.='

Sorry for the inappropriate language used !

signing out :'(

"dah lama sangat online. mak sudah bising. telinga pun dah letih mendengar. so, signing out!"

p/s : tadi saya ada ter-terjah satu blog ni. tuan punya blog tu tulis pasal arwah boyfriend dia. hampir menangis jugak la saya baca. sangat sweet dan sangat kesian. :'(

Sorry for the inappropriate language used !

aku + tension (!)

"awat la semua blogger suka post pasal makanan? makanan itu, makanan ini. asal aku bukak je blog mereka, perasaan nak makan semua benda tu meluap-meluap"
ada ke meluap-luap? lantak pi lah. okay! aku memang tengah mengidam ni. ciss...

Sorry for the inappropriate language used !

bila tiada kerja !

" aku sekarang tengah intai Setan Kecik dekat rumah ni yang tengah syok tengok Bini-biniku Gangster via Samsung Galaxy Ace. siap pakai earphone lagi. maju betul mu Setan Kecik"
lantak pi dia lah. janji dia tak menyemak mintak maggi aku. :D


Sorry for the inappropriate language used !

kes penderaan! nak call talian Nur lah...

"aku tengah melantak maggi sensorang di depan laptop sambil layan filem Rasuk yang telah dirembat secara berjaya dari Youtube"
dan sekarang aku rasa macam nak rasuk orang-orang dekat rumah ni sebab dengan baik hati telah melicinkan segala lauk-pauk di dapur sehingga membuatkan aku dalam keadaan rela dan terpaksa untuk menghadam segala jenis menatang bernama Maggi yang langsung tak enak untuk ditelan tetapi sangat menyelamatkan nyawa time keadaan darurat tiada baki lauk yang tinggal macam ni. memandangkan mak aku tiada di rumah, aku terpaksa juga telan maggi tu sebagai santapan yang paling bermakna untuk lunch hari ni. :'(

p/s : kepada kawan saya, Afiy yang tengah seronok berfoya-foya di Bangi. untunglah jadi lelaki. boleh merempit ke Bangi and lepak sampai memalam buta pun emak tak marah *sila baca dengan nada penuh dengki dan dendam kesumat. ecehh...*

Sorry for the inappropriate language used !

blogwalking :D

esok hari ahad.
hari ahad cuti am.
tapi saya budak sekolah memang cuti pun.
jadi esok sangat lah free.
boleh la saya ber-blogwalking.
esok saya tinggal jejak dekat blog yang saya blogwalking.
saja nak menyemak...
=.='

Sorry for the inappropriate language used !

entri tiada motif (!)

"aku made in Kelantan dan Melaka"
tapi aku tak makan budu dan cencaluk!

Sorry for the inappropriate language used !

YM kan ada !

"alynfazlin, mesej dekat phone kalau ada apa apa"
aku tak ada facebook, twitter, skype tapi aku ada yahoo messenger. L-A-M-E! kesah?

Sorry for the inappropriate language used !

cuti 5 hari!

to do list ;
  1. tidur puas-puas. selagi ada masa free, tidur.
  2. buat pembetulan Add Maths.
  3. online sampai rabun mata. cewahh~
  4. tengok movie yang dah download tapi tak ada masa nak tengok tu.
  5. tengok tutorial photoshop.
  6. download lagu and movies bebanyak.
  7. blogwalking kalau free.
  8. update blog kalau ada benda nak story.


Sorry for the inappropriate language used !

jamuan kelas 4 Suria !

setiap tahun pun masalah sama. adoy~ aku pun tak nak comment apa sebab aku ikut je. malas nak fikir-fikir. kalau mak aku bagi, aku pergi. kalau mak aku tak bagi, tak payah pergi. bukan susah! lagipun duit kelas tahun ni tak masyuk macam tahun lepas. tahun lepas 1000 ++ tapi tahun ni tak sampai seribu pun. so tak payah mimpi la kan nak jamuan besar-besaran. tapi masalah sekarang, sampai dah bergaduh-gaduh haa pasal jamuan. pelik aku. apa la yang stress sangat? pasal jamuan je kut.

p/s : aku dengar report dari mulut-mulut beberapa orang, siap keluar perkataan "BABI" lagi. hebakk mu nih! babi sangat ke classmates mu ni? kalau classmates mu babi, mu pun babi la kan. takkan manusia sekelas dengan babi. ye dakk? mind your language la! bukan mu sorang bayar duit kelas! entah-entah duit kelas mu pun tak habis bayar lagi. yang kekwat sangat apahal? okay! aku tak tau. AKU BUKAN BENDAHARI. aku penolong je sebab tu dorang buat report dekat aku. ecehh... bangga la pulak kan! :D

Sorry for the inappropriate language used !

apahal lah ?

aku tak faham !
tolong bagi aku faham !
apahal 2, 3 hari ni,
semua orang pakat nak menghuru-harakan hidup aku je?
buat crank call ?
mesej benda bukan-bukan ?
aku tak angkat call,
aku kena marah !
aku tak reply mesej,
aku kena maki !
okay...
nampaknya aku terpaksa download software call manager tu la .
biar aku boleh blacklist semua nombor yang suka men-serabut-kan saraf-saraf dalam otak aku ni.
aku ingat lepas exam boleh relaks,
ni bala bencana tak sudah-sudah.

PERGI KACAU ORANG LAIN LAH !


Sorry for the inappropriate language used !

selamat hari jadi mak saya !

20 Oktober 2011 ;
happy birthday, mak.
semoga panjang umur.
murah rezeki selalu.
k tu jee.

Part 1 : 12.05 ++ a.m, aku teringat yang hari ni birthday mak aku tapi nak wish, mak aku dah tidur la pulak.
Part 2 : pergi sekolah, tak ingat pun pasal birthday mak aku.
Part 3 : isi borang dekat fail kawalan kelas. tanya Ira tarikh hari ni and baru teringat pasal birthday mak aku.
Part 4 : ustazah belum masuk kelas. apa lagi... aku call mak aku time tu jugak and wish. 2nd wisher. okay lah tu. nasib baik aku bawak phone kalau tak mesti jadi last wisher punya. dah la hari ni balik sekolah dekat pukul 6 petang.

p/s : bytheway, sejak bila aku panggil mak aku, Mak? hmm...

Sorry for the inappropriate language used !

20 Oktober 2011,

Semalam,
aku bertekak dengan Abang Ngah. siapa suruh dia marah aku. lepas tu lagi nak hantar mesej bising-bising dekat aku. kan dah kena marah balik.

Hari ni,
Syafiq SSSSM. memang sengal tak sudah-sudah. kau tak dapat bahan Ira, kau bahan aku. ohh! dalam computer lab, dah la kau semak nak share computer dengan aku. lepas tu, kau panggil aku kambing! kau tu yang kambing. janggut merimbun-rimbun dekat dagu. boooo~  siap kau. masak kari guna rempah cap Babas, esok jugak aku balas. baru kau tau apa tu erti penyesalan nanti.

Sorry for the inappropriate language used !

aku pelik, kau peduli hape? ecehh...

PART 1

Lyana M : ehh... cuba tengok awan dengan langit tu. cantik la. berketul-ketul...
You : apa? berketul-ketul? kau ni BM dapat highest tapi ada ke awan berketul-ketul? pelik betul. tapi BM, karangan kau still dapat markah banyak lagi. kau buat macam mana ek?
Lyana M : aku baca novel je la. novel cinta.
You : takkan lah. aku baca novel cinta, tak ada effect pun dekat karangan aku.
Lyana M : aku suka berimaginasi kut.
You : ohh. peliklah kau ney!

Comment saya : biarlah. janji sedap telinga aku dengar sudah bagi every words yang aku guna tu. aku dapat markah karangan tinggi sebab sebab aku suka berangan. setiap hari aku praktis berangan dekat dalam toilet waktu mandi pagi before pergi sekolah. sebab tu aku suka duduk dalam toilet sebab toilet memang port baik nak berangan. memang dekat di hati la. kononnye...

"Imagination is more important than knowledge"
-quotes yang aku rembat daripada Albert Einstein-

PART 2

You : lyana, tudung awak kembung dekat dalam belah kiri. tak nak betulkan ke?
Lyana M : biarlah... kita tak kesah pun.
You : kita cantik untuk diri sendiri.
Lyana M : kita tak peduli pun. hodoh pun kita tak kesah.
You : peliklah awak ni. mak kita cakap, kita cantik-cantik pun untuk diri sendiri je.
Lyana M : entah... kita memang tak peduli.

Comment saya : hok aloh mu nih! eceh... aku tak heran la tudung aku senget ke, kembung ke. tak ambik peduli pun. aku pun tak nak lawa-lawa. lawa-lawa nak pergi mana? :D bukan ada orang nak tengok and aku pun tak nak orang tengok aku *gaya macam ada la kan orang nak tengok aku. perasan lebih aku ni*. karang aku pakai celak, mascara, lip gloss pergi sekolah kang, aku kena hentam. aku hodoh-hodoh pun orang banyak complaint. mu nak kena rembat ke? ooppss... backspace. backspace. maaf ter-kurang ajar pulak. tapi yang pasti aku bahagia dengan ke-hodoh-an aku. aku bangga je. kau ado?

"I used to think anyone doing anything weird was weird. Now I know that it is the people that call others weird that are weird"
-quotes ni pulak dirembat secara berjaya daripada Paul McCartney-

p/s : cer cite sape yang pelik sekarang. aku ke kau? Paul McCartney pun backup aku tau dengan quotes dia pasal weirdness tu. cewahh... macam la Paul McCartney tu tujukan quotes dia untuk aku. perasan lebih aku ni. emmm...


Sorry for the inappropriate language used !

puku-puku tu apa?

"tepuk amai-amai, belalang puku-puku bla... bla... bla..."

p/s : mu tau dok puku-puku tu apa? aku tak tau. kalau mu tau, tolong bagi tau boleh? mekasih! :D

lyrics and sing by,
Alyani Tasha
anak kepada abang sepupu Lyana M
umur 3 tahun
=.='

Sorry for the inappropriate language used !

ini hanya pendapat saya ! tolong jangan salah faham !

awak nasihat orang pasal aurat!
okay.
itu hak awak.
pendapat awak.
tak ada siapa boleh halang.
awak cakap pasal neraka,
pasal ingkar perintah Allah suruh tutup aurat.
tapi awak sedar tak?
awak punya gambar dekat blog, facebook and whatsoever tu,
awak pakai kebaya ketat,
lengan kebaya tu jarang sampai nampak warna kulit,
tu bukan aurat ke awak?
lepas tu,
ada gambar awak yang berpeluk bahu dengan boyfriend awak,
tu muhrim awak dah ke?
tak dosa ke awak buat macam tu?
tu bukan namanya langgar perintah Allah ke?
Allah kan suruh jaga batas pergaulan.
saya bukan nak hentam awak.
tapi awak bercakap pasal dosa neraka,
awak menyindir orang sangat hebat wakk...
tapi awak pun buat jugak.
ustazah saya cakap,
kalau kita nasihat orang,
tapi lepas tu kita pun buat benda yang sama,
kita dapat DOSA tau!


p/s : maaf! saya hanya budak sekolah. apa yang saya dengar dari mulut ustazah saya, saya cuba sampaikan. tiada niat menyindir. maaf bagi yang terasa and maaf kalau sesiapa yang baca entry ni rasa saya PERASAN BAGUS sebab cakap pasal agama. harap tiada salah faham dekat sini.


Sorry for the inappropriate language used !

bila pen. ketua kelas dah gila kuasa (!)

okay... boo sikit. since 2-3 months lepas, ada seorang budak perempuan ni dilantik jadi penolong ketua tingkatan secara tangkap muat kelas 4 suria. muat ke? errrr... tapi sejak dulu, kini dan selamanya agaknya, budak perempuan tu dah jadi gila kuasa. kerja kutip duit kelas yang patutnya bendahari buat, dia semak-semakkan diri nak tolong buat. kadang-kadang tu, dia selalu suruh orang bertugas, ecehh... macam dia tu ketua kebersihan pulak kan. sebenarnya DIA HANYA SEORANG PENOLONG. lain-lain tak ada. perasan up diri sendiri je lebih. gila kuasa pulak tu. tak sedar diri. jom baling botol air ramai-ramai dekat dia. biar dia sedar diri sikit yang dia tu gila kuasa. semua orang menyampah dengan dia. ehh... tak suka la cakap pasal dia. annoying gila ahh budak perempuan tu. :'(

p/s : siapa DIA? hmm.

Sorry for the inappropriate language used !

hujan lagi... hujan lagi...

hujan oh hujan kenapa engkau turun?
kau pun tak tau ek?
tapi sebab kau la aku sakit kepala sekarang.
dah 3 hari berturut-turut aku kena kau.
bila aku dah kena kau,
aku tak reti-reti nak mandi.
padan muka aku.
habuannya sakit kepala berganda-ganda.
berbaloi-baloi...


p/s : esok baru plan nak ponteng sekolah tapi lupa pulak yang aku dah bagi nama nak pergi lawatan ke Arkib Negara esok. ciss... potong betullah. kalau tak esok mesti syok lepak-lepak dekat rumah. folio sivik pun tak sentuh apa lagi. huh!
Sorry for the inappropriate language used !

reverse psychology might help...

seriously,
aku tak nak gaduh,
tak nak apa-apa pun.
penat dah gaduh.

aku faham dia macam tu.
aku pun kesian.
kalau aku dekat tempat dia,
aku pun double triple lagi stress agaknya.

so aku memang tak nak marah dia.
that's why i said,
reverse psychology might help.
maybe bila guna cara yang baik,
penerimaan orang dekat nasihat kita tu pun baik jugak.
tak ke?

p/s : aku dalam proses untuk cuba mematangkan diri sebab dah pedih telinga kena hentam dengan ayat sweet tapi berbisa daripada Abg Ngah. choi~

Sorry for the inappropriate language used !

Aida's house...

Model curi-curi : Nisa

lepas balik sekolah hari ni, aku, Nathalie, Low and Nisa pergi rumah Aida. sebab nak ambik korean dramas and pinjam novel & komik. jalan lintas jalan lintas, sampai rumah Aida. tengah lintas jalan pun kita orang boleh gurau-gurau. tak sayang nyawa betul! Nathalie dengan basikal dia, siap helmet lagi. seronok je kita orang bahan dia. dah makan-makan, geledah novel, makan keropok, tengok National Geographic, kutuk-kutuk Justin Bieber *oppps sorry!*, city hunter la, god of study la. nak balik, hujan.

Me : Wahai hujan! tolong la jangan turun.
langit mendung,
Low : Rain rain go away...
Nisa : Come again another day.
hujan tiba-tiba lebat..

nampak sangat suara Nisa dengan Low tak sedap. hee~ lepas tu terpaksa stay lagi. tengah main rebut-rebut komik, hujan berhenti. so baru kita orang gerak balik. lagi pun time tu mak aku dah calling calling.

p/s : thanks to Aida and family sebab sempat lagi mak dia prepare lunch before pergi kerja sebab kita orang nak datang. :D

Sorry for the inappropriate language used !

asyik pergi tandas... malu aku!

time Physics tadi, 3 kali aku pergi tandas. chettt... malu kut. asyik-asyik muka aku lagi nak pergi tandas...

Me : Sir, can i go to the toilet please!
Sir : Okay!
lepas tu,
Me : Sir, boleh tak saya pergi tandas lagi sekali?
Sir : Okay, go!
lagi sekali,
Me : Sir, saya nak pergi tandas lagi sekali je. boleh tak Sir?
Sir : Okay okay! pergi la...

tau tak malu tu apa? dah la time tu dalam computer lab. tapi dah aku time tu memang tengah complete set punya, sakit perut, rasa nak muntah, pening kepala. tolak ke tepi la rasa malu kan. Aida *adik aku* dekat komputer sebelah, pun agaknya fed up asyik dengar "Da, aku nak pergi tandas la. tapi malu nak cakap dengan Sir. balik-balik muka aku lagi". sorry babe! kawan kau ni memang banyak penyakit sikit. apa kata kalau hari khamis nanti aku ponteng sebab malu nak jumpa Sir. khamis kan ada physics. errr....


Sorry for the inappropriate language used !

Gara-garamu Beg Online !

last 2 weeks, aku ter-berkenan dengan 1 beg ni. gambar kat atas tu la. repeat : beg bukan amoi tu. tengok pun dalam facebook kakak ipar aku memandangkan AKU TAK ADA FACEBOOK *pelik ke? tak kan?*. so aku pun order dalam hari khamis, bank in duit hari jumaat. orang tu kata dalam hari selasa sampai la rumah.

hari selasa tu, aku balik dari sekolah, dah tersergam megah satu parcel atas katil aku. excited punye pasal kan, lepas snap a few pictures, terus rabakkan parcel tu *kemaruk gila*.

so ni la rupanya. tak ada la cun mana pun tapi sebab aku dah tak ada beg nak pakai and asyik merembat beg kakak aku je, so aku beli la satu dah alang-alang ter-berkenan. tapi malangnya, baru 3 hari pakai, cangkuk beg tu dah dirosakkan oleh ayah aku. konon-konon nak betulkan. sekali hamek kau. daripada bengkok sikit, patah terus. so tali panjang beg tu dah tak boleh pakai.

maka dengan itu, aku redah Pertama Complex hari ni *sampai ponteng sekolah tu*, cari kedai baiki beg kulit and baiki cangkuk dekat tali beg tu *hasilnya macam dekat atas*. duit lagi... duit lagi... limabelas hengget  pulak tu. dah la duit aku dalam purse ade patploh je. kalau tak boleh makan McD.

                          Harga asal beg : RM 45 *beg murah je. aku tak mampu nak beli LV.*
                          Postage : RM 8
                          Tukar cangkuk beg : RM 15
                          Total : RM 68

p/s : nilai beg aku semakin meningkat yo... bukan aku nak kata barangan online tak berkualiti tapi dah memang betul cangkuk beg tu yang senang patah. dan gara-gara beg ni jugak, aku kopak sekopak kopaknya. dah la poket kering, beli beg la apa la. bertambah rabak la poket aku. nampaknya, cuti sekolah akhir tahun, tak boleh nak redah panggung wayang selalu. jadi baby sitter Farish Edzrey *anak buah* je la kat rumah. agak-agak dapat gaji tak? *aku doa abang aku jadi pemurah nanti*


Sorry for the inappropriate language used !

happy 18th birthday !

HAPPY BIRTHDAY, MR. R (!)

aku boleh wish dekat sini je.
sebab aku tak berani nak mesej kau
lepas apa yang jadi dekat kita dua.
aku tak pernah lupa birthday kau,
everything pasal kau.

aku tau kau marah aku.
maybe sampai bila-bila pun kau takkan maafkan aku.
sebabkan fitnah orang lain,
kau dengan aku gaduh besar.
salah aku sebab aku tak percaya kau
and suka sangat dengar cakap orang lain.

whatever it is,
semoga kau sihat selalu.
bertambah-tambah bahagia.
berjaya capai cita-cita kau.
*macam kau pernah bagitau aku dulu*
maybe kau dengan aku tak boleh nak kawan dah.
semoga ada perempuan yang baik jaga kau.

tapi,
one thing for sure,
aku pernah sayang kau,
still sayang kau,
dan akan terus sayang kau.

even lepas apa yang jadi,
aku still fikir pasal kau,
risau pasal kau,
and sedih bila teringatkan kau.

aku harap aku dapat keberanian,
untuk mintak maaf dekat kau dengan cara proper.

p/s
hargailah orang yang kita sayang sebelum orang tu betul-betul tinggalkan kita.
bagitau dorang yang kita sayang dorang sebelum terlambat.
*sobsob T-T*



Sorry for the inappropriate language used !

aku pengikut tegar!

lol! 
aku memang pengikut tegar abang aku, Along... 
kesah?

dan disebabkan tu aku dimarahin sama emakku. 
cisss... 
brengset sungguh si pembikin angkara. 
mau ku penyek-penyekkan je muka dia.

biarlah kan aku nak biased kebendanya.
aku memang tau M tu niat baik.
tapi tak boleh ke bincang dengan abang aku dulu?
memandangkan abang aku sekarang jadi ketua keluarga sementara secara tak rasmi.
sebab bapak aku tak berapa sihat.

ni tak...
main bedal je cakap depan-depan abang aku,
tapi buat abang aku macam tak wujud.

ni yang aku rasa nak fire ni.
boikot ah.
tak nak aku pergi rumah M tu.

grrr...
malam-malam buta bikin ribut dekat rumah orang.
lu, sivik tarak belajar ka dekat sekolah dulu?


Sorry for the inappropriate language used !

bukan berpura-pura la (!)

orang buat jahat dengan aku,
aku tak balas balik,
tapi aku buat tak tau je dengan dia.

lepas tu,
kalau orang yang buat jahat tadi tu buat baik dengan aku pulak,
aku pun layan baik la.
macam biasa.

salah ke?
bukan aku berpura-pura baik.
tapi buat apa nak benci-benci orang kan?

so kalau rasa nak cakap aku ni berpura-pura,
mai sini aku nak tampar kau pakai tapak kasut aku.

Sorry for the inappropriate language used !

kau lagi ! kau lagi !

asal ek aku asyik ingat dekat kau?
balik-balik kau.
bukak inbox, ingat kau.
tengok tarikh, ingat kau.
dengar lagu, ingat kau.
habis semua lagu yang kau suka aku dah delete tapi still ingat kau lagi.
bila bosan tak ada call or mesej masuk, ingat kau.
bila berangan kejap dalam toilet, kau jugak yang aku fikir.

SEDIH KAU TAU TAK!

Sorry for the inappropriate language used !

semalam aku mimpi dan mimpi aku sangat terribleeeeee...
kbyee

Sorry for the inappropriate language used !

SITUASI MENGERIKAN

okay! tajuk nak mantap-meletup habisan je. suka aku lah. sebenarnya nak cerita apa yang aku alami tadi.

"tengah aku syok-syok melepak, tiba-tiba ada benda terbang. laju pulak tu. tau apa? kenal LIPAS TERBANG? haa. menatang tak guna tu lah. terkejut beruk aku. dengan aku-aku sekali buat perangai macam beruk lepas tu. dengan muka tak malunya, aku main jerit je sebab takut sangat dengan lipas laknatullah tu. tangan direct tutup muka sebab takut LIPAS TERBANG tu hinggap dekat muka aku. kalau betul la jadi macam ni, seminggu tak kurang kut rasa fobia."

ada tak mana-mana perempuan yang tak takut lipas? kalau ada, aku nak ucapkan TAHNIAH gila-gila sebab anda adalah antara insan terpilih *cewahh*.

Sorry for the inappropriate language used !

sakai apa kau?

BOY 1
suka aku lah kalau software aku outdated sekali pun. suka aku lah kalau aku punya ...... boring nak mati gila nak mampus mintak baling dekat dinding sampai pecah berderai sekali pun. I say : ada aku suruh kau guna aku punya ...... ke? ada aku suruh kau main game dekat aku punya ....... ke? LU TAK PUAS HATI APA? SINI SEMBANG HATI KE HATI DENGAN GUA. LU KAN KAYA, LU BELI LA SATU ...... YANG GEMPAK PUNYA. TAK PAYAH NAK MINTAK PINJAM GUA PUNYA, LEPAS TU KUTUK-KUTUK. jangan cerita je lebat, pumpang pumpang, meletup sana-sini tapi apa pun tarak. memalukan diri sendiri je. *sila baca dan terasa*

BOY 2
kau cakap aku 'PEGI MAMPOS'? sorry la babe! aku tak ready lagi la nak pergi mampus-kan diri aku. apa kata kau yang pergi mampus kalau kau dah rasa macam dah nak mampus sangat tengok aku. baru aman hidup kau. hidup aku lagi la super-super-aman. btw, aku tak batak sangatlah kan nak kawan dengan kau or jadi 'scandal' kau. actually aku tau kenapa kau berbulu dengan aku. sebabnya, hari tu aku tak tolong kau. wey, bila aku tak nak tolong kau sikit, kau ungkit macam-macam depan aku. kau selalu ajar subject yang aku tak faham la apa la. tapi bila aku tolong kau? kau tak ingat pulak? pernah bila kau buat taik dengan aku, aku ungkit apa-apa? jangan nampak kebaikan kau je wey. bukan kau sorang yang tau buat baik. cuba ingat-ingat sikit jasa orang dekat kau. and btw, aku memang sengaja tak nak tolong kau baru-baru ni. aku dah penat bagi muka dekat kau! kau maki aku BODOH bila aku tak faham apa yang kau ajar. kau cakap aku BABI sebab aku ajar kau add maths, tapi kau tak faham cara aku ajar. kau mengata aku BERLAGAK depan kawan-kawan dalam kelas bila ada subjek yang markah exam aku lagi tinggi dari kau. KAU TAK PUAS HATI APA LAGI? KAU DAH HEBAT SANGAT KAN? KAU DAH PANDAI SANGAT KAN? KAU DAH TERBAIK SANGAT KAN DALAM SEKOLAH? eh, kesah pulak aku.

GET MY MIDDLE FINGER(S), TWO BIG BROTHAA (!)
sakai sakai... sedih aku dengan korang ni.

Sorry for the inappropriate language used !