Gara-garamu Beg Online !

last 2 weeks, aku ter-berkenan dengan 1 beg ni. gambar kat atas tu la. repeat : beg bukan amoi tu. tengok pun dalam facebook kakak ipar aku memandangkan AKU TAK ADA FACEBOOK *pelik ke? tak kan?*. so aku pun order dalam hari khamis, bank in duit hari jumaat. orang tu kata dalam hari selasa sampai la rumah.

hari selasa tu, aku balik dari sekolah, dah tersergam megah satu parcel atas katil aku. excited punye pasal kan, lepas snap a few pictures, terus rabakkan parcel tu *kemaruk gila*.

so ni la rupanya. tak ada la cun mana pun tapi sebab aku dah tak ada beg nak pakai and asyik merembat beg kakak aku je, so aku beli la satu dah alang-alang ter-berkenan. tapi malangnya, baru 3 hari pakai, cangkuk beg tu dah dirosakkan oleh ayah aku. konon-konon nak betulkan. sekali hamek kau. daripada bengkok sikit, patah terus. so tali panjang beg tu dah tak boleh pakai.

maka dengan itu, aku redah Pertama Complex hari ni *sampai ponteng sekolah tu*, cari kedai baiki beg kulit and baiki cangkuk dekat tali beg tu *hasilnya macam dekat atas*. duit lagi... duit lagi... limabelas hengget  pulak tu. dah la duit aku dalam purse ade patploh je. kalau tak boleh makan McD.

                          Harga asal beg : RM 45 *beg murah je. aku tak mampu nak beli LV.*
                          Postage : RM 8
                          Tukar cangkuk beg : RM 15
                          Total : RM 68

p/s : nilai beg aku semakin meningkat yo... bukan aku nak kata barangan online tak berkualiti tapi dah memang betul cangkuk beg tu yang senang patah. dan gara-gara beg ni jugak, aku kopak sekopak kopaknya. dah la poket kering, beli beg la apa la. bertambah rabak la poket aku. nampaknya, cuti sekolah akhir tahun, tak boleh nak redah panggung wayang selalu. jadi baby sitter Farish Edzrey *anak buah* je la kat rumah. agak-agak dapat gaji tak? *aku doa abang aku jadi pemurah nanti*


Sorry for the inappropriate language used !

2 comments:

SoLy SoLicious said...

xbape suke beli online nih..heee

Lyana M said...

ni pun sy pnye first time.
tp bab post service,
mmg TERBAIK!
tp tu je la masalahnye.
tak tahan lasak sgt.