aku bukan Si Tempang la - ___ -

rabu , 19 Januari 2011 – tarikh ni yang malang untuk aku ke diri aku yang malang ? masa pendidikan jasmani . cikgu suruh main bola jarring tapi aku macam malas sebab nanti terjatuh la apa la . so , bila main dalam keadaan yang tak ikhlas . ambik kau … nangka busuk pun gugur ke tanah dengan jayanya . terseliuh kaki aku sebab terjatuh . aku pelik . apasal setiap kali aku langgar orang , mesti aku yang akan jatuh . dan kali ni , aku bertembung dengan Syafiqah Salim . dah la kita orang satu geng . konon aku bajet habis nak tepis bola tu . Piqa pun sama la . lastly , dua-dua tak dapat bola . dia okay la lagi . ni yang aku punya kaki ni siapa nak jawab ? aku jugak la yang tanggung malu . tanggung sakit . adoy ~ before game start , aku beria-ia cakap dekat Amal ‘aku nak berdrii dekat tepi je , kalau bola datang baru aku ambik . lepas tu aku nak gelak-gelakkan orang’ . padan muka dengan diri sendiri . Allay bayar cash je . tu la … niat tak baik , nak gelakkan orang . sekali ambik telur sebiji dekat buku lali . jalan pun macam Si Tempang . haa … yang ni nak cerita . hari tu Along punya lutut terseliuh and aku mengata dia , Along jalan tempang la apa la . sekali aku yang kena balik . jalan tempang ! naik tangga macam oang tua sakit gout ! haishh …

yang tambah malang hidup aku hari ni , tak pasal-pasal aku tayang muka atas pentas . famous sekampung siot … depan lebih kurang 300 lebih students tu . kau dapat ke ? tak kan ? aku dapat . tengah aku sedap-sedap melantak biskut oat crunch lepas tu minum air , tiba-tiba penceramah untuk PBSM tu , buat kelakar dengan aku . pencermah tu cakap-cakap sambil tu jalan-jalan and mata pandang dekat kawasan tempat aku duduk . aku buat tak kisah je la . minum je la air dengan bahagia . sekali , ‘okay , saya nak cari orang buat demo . yang baju hitam tu . eh salah . yang tudung hitam tu .’ lepas tu tangan siap tunjuk dekat aku . and tudung hitam ? aku lah tu . haiyyo . malu shiall … naik la atas pentas dengan kaki tempang-tempang tu . mesti ada yang fikir aku ni tempang sejak lahir . woii … mana ada . aku normal la . bukan OKU . dah la masa rehat ada sorang adik form 1 kurang asam , usha kaki aku dua kali . pandangan dia … uishh ! macam la aku ni tempang sangat adik . sampai hati kau pandang akak macam tu . balik cerita tadi … dah naik atas pentas , budak laki tepi pentas (Syazwan and Rejab) , siap nak jerit-jerit untuk aku pulak . bengong lah . aku dah cukup tebal muka ni . lepas tu buat la apa Encik Arif , penceramah PBSM tu suruh . demo pertolongan cemas . and budak yang jadi bahan demo tu , nasib baik cantik . senyum je dekat aku . hilang sikit nervous aku ni . kalau tak , ketar jugak kepala lutut aku ni . kut nanti , ada yang tertinggal lutut atas pentas kang . lantak la . bila dah balik tu , siap ada yang kata dengan aku ‘fuyyo liana . famous la lepas ni .’ famous kau kata ? memalukan ada la . kut kau nak kata famous pun , tengok cara aku jalan la . kalau aku boleh jalan macam catwalk naik pentas , ye la kut famous . ni jalan kepit-kepit tempang dowh . famous ke ? aishh …
Sorry for the inappropriate language used !

1 comment:

alynfazlin said...

hahahahaaa laen kali xyh la nk tunjuk terer kalau da mang x terer.. nyway get well soon okayy.. sakit lg ke??