isnin yang gila ...

perhimpunan : cikgu entah merapu apa kat depan , aku dekat belakang , port baik punya sedap aje usha mamat tu . aku TER-rasa nak minat lah dekat dia . aku dia macam charming je . hahaha ! bla ... bla ... bla ... whatsoever .

Biology class in the lab : buat experiment doe . buat menatang apa entah , pakai flour , yeast , glucose . seronok je . lepas tu , masa semua dah keluar lab , tinggal la aku dengan amal . boys ada la berapa kerat yang tinggal sebab kena kemas-kemas . tengok-tengok , tangan baju kotor gila sebab rajin sangat nak tolong lap tepung-tepung yang bersepah atas meja . sekali dengan tangan baju sekolah jadi kain buruk . haishh ~ dah la tangan baju basah sebab konon-konon aku basuh nak kasi bersih la . nasib baik okay sikit lepas tu . kejap lagi si Ajwad yang tengah basuh beaker dia dekat sink tu , percik-percik air dengan sengaja . habis tudung dengan baju basah . orang basuh beaker dekat sink , aku dah macam mandi pulak . bad boy ~ eishh ...

Physics in the lab also : wey , semangat ni . first day belajar fizik ni . last week masa orang belajar fizik , aku tak datang . dengar lah cikgu membebelmerapumengarut . sampai sakit kepala aku cuba paham apa cikgu ajar .

rehat dekat dewan : pergi koperasi . yay ! ada pizza . walaupun pizza cikai harga seringgit satu , lantak lah . janji perut aku tak kebulur . sedap pun sedap . after that , naik lah kelas .

Additional Mathematics in class : cikgu tak masuk satu masa sebab cikgu ada guest dekat office . kata PK KOKO pulak yang ajar add maths . mesti lah busy . sebab free and tak nak buang masa , buatlah report biology yang tertangguh tu . lepas tu , Ajwad panggil suruh ajar add maths . aku tak tau siapa ajar dia , nak suruh orang tolong ajar , tapi orang yang kena pergi dekat dia . whatever lah . aku pun pergi . then sampai tempat dia , tiba-tiba Rahman dengan Syazwan tolong explain soalan yang Ajwad tanya dekat aku . dah macam tu pulak ... yang tadi panggil aku buat apa kalau mamat 2 orang tu nak ajar . then , aku pun nak blahh sebab Rahman and Syazwan nak ajar dia , bila aku blahh . dorang pun stop ajar Ajwad . saja je nak kenakan mamat kacamata tu . lepas tu , si Ajwad tu pun merantau dekat table sebelah aku suruh ajar add maths . ajar banyak kali , tak paham-paham . pening kepala aku . ajar soalan 1 , dia kata paham . bila dia buat soalan 2 , dah tak boleh pulak . ajar soalan 2 , kata paham lagi . bila suruh buat soalan 3 , nganga la kau . dan akhirnya , saat yang dinantikan ... dia pun boleh paham apa yang aku cakap . alhamdulillah ... amin ... settle jugak hal mamat ni . dan aku boleh terus buat kerja biology dengan aman . bila cikgu add maths masuk , belajar la . hari ni punya topic , complicated sikit . tapi aku rasa macam paham . nanti buat latihan , okay la kut .

Bahasa Melayu with Puan Maziah : aku rindu nak belajar dengan Cikgu Hazman . dia ajar lepak je . Puan Maziah buatkan aku fikir , benda senang yang aku belajar dengan Cikgu Hazman , jadi susah . adoyy ~ nak masuk kelas sebelah boleh ? tapi masa BM je .

Modern Mathematics with Encik Adzmir : best cikgu ni ajar . sempoi aje . aku tanya soalan sama berpuluh-puluh kali pun dia still sedia menjawab . nak buat macam mana cikgu , saya ni slow macam kura-kura sikit . belajar dah la best . lepas tu , yang lagi best , homework sikit doe . lepas tu , baliklah rumah . THE END !
Sorry for the inappropriate language used !

No comments: