renung-renungkan ...

kawan aku dapat masuk MRSM , tu rezeki dia la . kalau dia buat ujian UKKM tu hancur-hancur , tak kira la pak cik , mak cik , nenek , datuk dia tolong sekalipun . tak mana dapatnya dia . dan kalau tak ditakdirkan dia dapat masuk situ , dia cuba macam mana pun tak dapat masuk jugak . so jangan lah mengata dia sebab dia pakai orang dalam ke apa ke . dah rezeki dia . maybe rezeki korang bukan dekat MRSM .

korang maybe fikir , apa barang sekolah harian macam Setapak Indah ni . cikai je . di pinggir kota pulak tu . berdiri megah ? hampir roboh ada la . mana megahnya pulak ? tapi mana tau kalau korang sekolah sini , nanti next year SPM , tak pasal-pasal pecah rekod . ramai orang dapat 9A+ or maybe 10A+ . siapa tau kan ? entah-entah rezeki korang dekat sini . lepak sudah . jangan dengki bila orang lain lebih sikit . bila kata , budak MRSM … fuyyo … memang gempak . hebat ! takut nak kawan . tapi tak semestinya masuk MRSM , result cemerlang , gemilang , terbilang . semua orang ada rezeki masing-masing . so please think about this …

and the most important thing that i really don’t understand , kenapa nak kutuk kawan aku depan aku ? apa masalahnya ? apa yang tak puas hati sangat ? nak kutuk ke apa ke , jangan depan aku . tak dapat apa pun . aku pelik kadang-kadang , dah tau aku kawan dengan orang tu , lagi nak mengata dia depan aku . and for sure aku akan bagi tau kawan aku tu . aku tak kisah la orang nak fikir aku ni apa pun . tapi aku tau kawan-kawan aku tu paham niat aku bagi tau . and see … tak ada pun kawan aku tu nak sound korang ke apa ke bila aku bagi tau korang mengata dia . dorang lepak je sebab dapat pahala dowh bila orang mengata dorang . and lagi satu , takkan aku nak diam . biar je orang kutuk kawan aku . macam tu ? sorry la . aku tak berapa NAK pandai simpan-simpan macam tu . sorry again ! so after this , jangan mengata kawan aku depan aku kalau rasa mulut aku ni hampeh sikit . thanks … =D

p/s : jangan terasa ye . aku mintak maaf kalau sesiapa nak terasa jugak . aku cakap benda betul . takkan sama-sama kawan nak gaduh sebab benda macam ni kut . 3, 4 tahun sama kelas , takkan nak gaduh sebab benda kecik . chill okay . sorry kalau terasa .
Sorry for the inappropriate language used !

2 comments:

alynfazlin said...

hahahaaa pity you la.. but btol la u said.. xde ape nk bangga pun kalau jd budak MRSM.. kalau malas x pandai jugak.. so nothing bad pun kalau jd budak skolah harian.. chill sudah.. biar org nk mengata.. nama pun mulut org kn.. da mulut dia busuk.. bkn bleh wtpe.. wt x tau sudh..

Lyana M said...

haha .
tu la .
kelakar betul .
dengan kawan baik pun nak gaduh sebab sorang dpt , sorg ta dpt .
manusia ...
tak boleh tengok orang lebih sikit .
kalau yang lebih tu pulak , tak ada la kerja lain , nak memperlekehkan org je .