air panas T-T

masa dekat dapur tadi, entah macam mana aku tertuang air panas atas jari-jemari *haha* dekat tangan kiri. nasib baiklah air tu bukan air panas yang menggelegak gila-gila tu. air panas yang tak berapa nak panas dan tak berapa nak sejuk la kiranya. tapi jari aku boleh tahan merah jugak la. perit bukan main. tapi kalau nak ikut dari logik akal manusia yang waras, sikit je sebenarnya. tapi disebabkan aku ni ada cita-cita murni yang tak kesampaian iaitu nak jadi Drama Queen, frekuensi jeritan aku tu pun mencanak-canak naik macam traffik blog Ben Ashaari. kononnyalah... macam la banyak sangat air panas yang tumpah. sikit je pun tapi jeritan aku boleh melumpuhkan gegendang telinga mana-mana makhluk yang ada dekat cakerawala ni. apa boleh buat. Ziana Zain pun surrender kalau dengar suara aku yang tarik-tarik tu. hmmm...

p/s : maaf jika ada sesiapa yang marah saya menggunakan nama abang Ben Ashaari tanpa kebenaran. :D

Sorry for the inappropriate language used !

4 comments:

smilenajah93 said...

alahai , sakit x tu dik ? hm , berangan nie :P

Lyana M said...

@ smilenajah93

sakit?
sikit je pun. hee~
bkn berangan la.
nk test bakat berlakon je tu.
kut2 ade bakat terendam ke kan.
:D

Anonymous said...

hahaxp.. k0 mmg an yana.. jgn ckp ziana zain.. org laen pon same.. hahaxp.. 2 larh len kali berhati2 ye cik yana oi..

Lyana M said...

@ Anonymous

aku tau sape anon ni.
hee~
tidak kuminta lahir dgn suare bgini.
apa bole buat.
trime seadanya.
:D