pity you sayang !

Wah ketawa tiga dekah je sebab Wah kata tak baik , nanti gelap hati ... jadi aku pun : ha-ha-ha ! aku kesian dengan ini budak . tak reti kenang budi . dulu tak ada kawan , menyelit dengan aku . mintak tolong itu ini . sebab azam tahun ni aku nak jadi baik , aku pun layan lah kau dengan penuh sopan santun . and yet , kau buat aku macam ni ? dear , aku tak kisah sebenarnya kau nak beramb*s dari hidup aku sekalipun sebab kau tak bawak apa-apa makna pun dalam hidup aku . jadi jangan fikir bila kau beramb*s dari hidup aku sebab kau jumpa kawan yang much better and lagi hot , aku nak kisah . oh tidak ! tak mungkin sama sekali sebab pernah aku kisah ke kau ada ke tak ? kawan aku yang SETIA tu lagi ramai daripada kau yang la****t . lepas ni jangan harap aku nak tolong kau lagi sebab kau kan dah ada kawan yang hot gila tu . mintak tolong sama diorang and jauhkan diri dari aku . muka baik , perangai macam haram . bukan aku je cakap . kawan kau yang lain pun cakap . jadi siapa salah ? dan cara kau 'blah' macam tak ada budi bahasa tu dah membuatkan aku bertambah bengang sebab kau dah tambahkan lagi satu 'bala' dekat aku . babe , kau ni nak blah , blah aje . yang kau pergi campak 'bala' kau dekat aku buat apa . tapi jangan risau , aku tak ada la buat adegan mogok tak nak bercakap dengan 'bala' kau tu sebab aku kan baik sikit tahun ni . jadi aku akan layan dia baik-baik . jangan risau sayang ! tapi selepas ni , janganlah kau memalukan diri , menjatuhkan maruah dan memberbodohkan diri kau dengan datang dekat aku and mintak tolong sebab aku tak akan tolong . aku tak jilat ludah sendiri . kalau aku kata benci , benci . kalau aku kata tak nak tolong , tak payah mimpi aku nak tolong sebab kesian ke apa ke . personaliti aku kan boleh berubah-ubah . jadi , tak payah muncul dalam hidup aku ye sayang ...

p/s : pantang nenek moyang Wah bertekak , bertikam lidah , tikai-menikai , maki-memaki ... tapi aku bukan generasi keturunan Wah langsunglangsung . so paham-paham la sayang ! orang kata I laser . sampai ke tahap mana , I tak tau lah kalau I dah marah . jadi , janganlah appear depan I . kalau you blah lagi la I macam nak melompat gila .
Sorry for the inappropriate language used !

No comments: