exam dah habis !

apa comment saya ?


Bahasa Melayu - biasa je lah kan tapi tak cukup masa doe . tak sempat pun nak semak ejaan and tatabahasa semua tu .


Pendidikan Islam - ni lagilah . soalan banyak nak mampus . masa 1 jam . banyak je tak buat . adoy ~


Sejarah - bhahaha . macam kena culture shock doe . tak sangka soalan macam tu . dulu-dulu lain . habis aku campur adukkan sumbangan tamadun tu . entah apa-apa je .


Bahasa Inggeris - boleh la tahan . tapi significance of albino buffalo tu ? hahahaha . *Amal rahsia aw .*


Mathematics - aku boleh jawab sambil senyum tau . memang la takkan dapat 100% tapi kalau setakat nak lulus tu boleh la kut .


Fizik - ambik kau ! soalan membunuh gila . satu apa aku tak tau . hentam je . kebarangkalian untuk gagal tu 99.9% .


Biologi - ni lagi satu . apa aku baca semua dah bercampur . mana satu function untuk menatang tu semua tak ingat . Mitchondria , Cytoplasm , Golgi Apparatus blablabla ...


Additional Mathematics - nyett ... inverse function tak sempat nak fahamkan betul-betul doe . tapi so far , okay lah kalau nak compare dengan Fizik .


Kimia - last paper woi . senang la jugak tapi definition untuk 'chemistry' pun dah tunggang-langgang . apa nak jadi . tapi pasal isotopes tu boleh jawab sambil pejam mata je . cewahh ... poyo je doe . dasar penipu gila . kalau dah tutup mata macam mana nak kira electron arrangement tu kan ?


p/s : lepas cikgu kutip paper Kimia , semua excited je . dah macam apa dah . ujian 1 je pun . gaya macam dah merdeka lepas SPM . apa je la doe budak-budak kelas aku ni .
Sorry for the inappropriate language used !

No comments: