oh no la . bergayut di telefon sahaja !
tengah hari Ahad – Jiha called me . hoho ~ terkejut jugak lah . tak ada angin , tak ada ribut , dia call . okay , abaikan … lepas tu , dia cerita la pasal MRSM and life dia dekat sana . haha . kesian … ikan ye Jie ? baru cakap-cakap sikit dalam 10 minit , tiba-tiba putus . haa ! aku dah tau . kredit habis la tu . biasalah . lepas tu , dia mesej , aku pun reply . tapi mesej pending . aku pun tak paham . Jie , nanti aku banyak kredit aku call ye .
petang Ahad – pak cik kesayangan saya call . lama hilang budak ni . penat aku miscalled suruh dia call balik . dia buat tak tau je . dan akhirnya , dia call and borak-borak , bebel-bebel , ceramah-ceramah . grr ~ ustaz betul dia ni . dalam 20 minit , putus . kredit habis la tu . 5 minit lepas tu dia call balik . eh mana dapat kredit ? whatever … cakap dalam 2 minit , bapak dia potong line la . baru nak borak-borak . terpaksa la letak .
malam Ahad – pukul 12 okay dia call . bagus sungguh . nasib baik aku tak tidur lagi . borak-borak dalam 20 minit , dia nak letak sebab merajuk . hahaha . you lelaki ke perempuan pak cik ? emo betul . okay fine … aku mintak maaf and dia pun letak . lepas tu , tiba-tiba teringat nak sent nombor ‘mamat tu’ dekat dia sebab dia mintak tadi . lepas tu dia call balik . gossip-gosip pasal ‘mamat tu’ and then dia cerita pasal Valentine’s Day yang dia dengar masa khutbah Jumaat baru-baru ni . aku senyap … fokus gila . lepas tu sambung cerita lain and tengah-tengah part suspen , putus … dia mesej , kredit dah habis . adoy ~ dah la tengah part best tapi tak pe , lain kali boleh sambung . lepas letak phone , tengok jam … 2.30 pagi . esok sekolah … mati la aku . esok mesti mengantuk gila punya . then , pergi je la tidur .
p/s : THE END , kenapa aku tulis panjang-panjang pasal ni ? aku punya suka derr … blog aku kan .
No comments:
Post a Comment