ini kisah 3 ekor monsters ...

cerita ini diadaptasi daripada kisah sebenar yang memang berlaku dan tengah berlaku depan mata aku sendiri *intro kasi gempak sikit* . sebarang gambar berkaitan dengan 3 ekor monsters ini tak akan diselitkan di mana-mana ruang pun di dalam blog aku ini kerana hanya akan menambah keadaan semak yang sedang berlaku dan sedang berleluasa di dalam blog aku ni *dengan kehadiran banyak gambar* . jadi , untuk mengelakkan sebarang kesulitan pada masa hadapan , ‘cegah sebelum parah’ . antara kesulitannya : bila gambar-gambar monsters ini tersebar , sure punya akan ada yang nak tangkap monsters ni untuk ditambah menjadi koleksi haiwan-haiwan yang ada di dalam zoo negara . jadi kerana tidak mahu perkara menjadi lebih buruk dan mereka ni disumbat ke dalam zoo , aku tak akan dedahkan identiti 3 ekor monsters ini *baik hati kan?* aku mengambil keputusan macam tu kerana mereka ni tak la membuat kacau dalam dunia ni . mereka cuma sedang membuat huru-hara di rumah aku sahaja . jadi , pejam sebelah mata sudah . walaupun , aku rasa rumah aku sudah nak terbalik dengan kehadiran 3 ekor monsters yang ‘terlampau’ ni . jom baca …


monster besar

monster ini lebih dikenali dengan nama monster gigi rongak . kerana keadaan giginya yang masyaAllah . seram nak tengok *metafora lebih =D* . monster ini , kegedikannya juga sangat terlampau . gedik sana , gedik sini . perasan sana , perasan sini . aishh … menyampah aku melihatnya . apa yang boleh aku buat ? hanya melihat . berat mata memandang , berat lagi bahu yang memikul . monster ini juga sangat manja . kemanjaan dia membuatkan berbulu mata aku nak tengok , lihat , pandang . *hohoho~* dia sering dimanjakan oleh bapanya *ku akui ku sering cemburu* . monster ini juga sangat menyakitkan hati aku . kata-katanya memang membuatkan aku rasa tercabar . bila membalas balik apa yang orang cakap juga , dia la juara . tiada yang lain . kalau malaysia ini tiada undang-undang , sudah lama ku bunuh dia .


monster sederhana

monster ini dikenali sebagai monster degil . monster ini sangat tak mendengar cakap orang . suka hati dia nak buat apa . kerana keadaan kepalanya yang memang keras macam batu itu , dia sering dimarahi oleh nenek tirinya . padan dengan muka dia . aku suka bila dia kena marah , kerana aku memang dendam dengan monster ni sampai bila-bila . kurang ajar gila . dengan orang yang tua 10 tahun daripada dia pun , dia boleh bercakap guna ‘kau-aku’ sahaja . *siapa kata dia ni tak kurang ajar , sila angkat tangan ?* kalau aku diberi pilihan , monster ni la yang pertama aku akan lenyapkan daripada muka bumi ni . biar hilang daripada pandangan mata .


monster kecik

monster ini dikenali dengan nama monster hyper . monster ini aku gelar monster betina walaupun bejantina jantan kerana monster ini sangat tertarik kepada teddy bear aku yang bernamamomo. kenapa nama teddy bear aku macam tu ? biarlah , aku punya , anda apa kesah . nama teddy bear saya ini diberi oleh kakak saya , alyn . dia yang memberi nama ini dan sehingga sekarang saya masih menggunakan nama ini untuk teddy bear saya *nanti saya upload gambar teddy bear saya yang comel pada entry-entry yang akan datang* . berbalik kepada cerita monster kecik ini , monster ini saya panggil monster hyper kerana monster ini sangat hyperactive . bila saya terpaksa menjaganya , saya akan berasa penat sampai nak pengsan selepas itu . dia sangat aktif . berlari sana sini . panjat sana sini . lompat sana sini . baling itu ini . huh ! penat aku menjaga dia . mulutnya juga sangat bising . monster baru nak belajar bercakap , macam tu la . kalau ada jin yang bagi aku 3 permintaan , aku akan pilih untuk kecikkan dia semula menjadi monster bayi kerana lebih senang untuk diurus dan dijaga . hanya beri dia minum susu , dan dia hanya terbaring diam-diam di situ sahaja . tidak membuat huru-hara sana sini . kalau tidak pun , aku akan membuat permintaan untuk membesarkan monster ini menjadi lebih besar daripada usia dia sekarang , kalau boleh sama umur dengan aku dan menjadi monster yang sangat kacak , tampan , handsome . boleh juga dijadikan boyfriend atau scandal . *angan-angan minah jenin* . itu lebih baik kan ?

p/s : sekian sudah cerita saya . skema bukan bahasa yang digunakan dalam cerita ini ? biarlah , saya bangga kerana saya dapat menulis dalam bahasa melayu dengan baik . saya bukan jenis melayu lupa diri . mentang-mentang la ‘anda’ boleh bercakap bahasa inggeris dengan superb , sampai bila bercakap guna bahasa melayu pun ada slang british , american tu lagi . poyo je . berpijak la dekat bumi nyata . anda tu masih lagi ada di malaysia . bukan di london , new york ke apa ke . dasar tak sedar diri . nak cakap bahasa inggeris pun berpada-pada la , jangan sampai bunyi terlebih inggeris daripada melayu sudah sedangkan rambut dan kening tu colour hitam berkilat . mata pun warna hitam bukan biru pun yang nak poyo sangat . *kita bebas nak beri pendapat kita kan ? lagi-lagi berdasarkan kenyataan yang memang terang-terangan terbukti tu* .


terima kasih kerana membaca cerita karut ini . i love you .

Sorry for the inappropriate language used !

3 comments:

alynfazlin said...

sumpah bangang la anda liana..hahhhaaa u better make sure no one yg tahu x trbace nie..

heartbroken lone disaster said...

hahaha ...
siapa je yg nk bce blog kte kt dlm rumah ni .
sume buta IT . =D
kalau tak buta ,
kurang pandai je .
tau bukak facebook and basic2 je. :P
laen2 tataw .

alynfazlin said...

perh..sumpah cm shit la ur ayat babe..hahhaha tp mang btol pun..AGREE..yeahh!!!!!