bila cuti sekolah terlalu lama ...

one day , aku baca novel . dalam novel tu ada cerita pasal one girl ni yang tak reti masak . bila dekat rumah orang baru terkial-kial . nak buat satu apa pun tak reti . adoy ~ sentap gila bila baca benda ni . aku tak reti masak jugak . jadi azam baru aku : nak jadikan cuti hujung tahun ni sebagai cuti yang berfaedah . aku dah penat tidur , bangun , tidur , bangun dan makan . berat aku pun dah naik 2 kg agaknya sebab hari tu aku timbang berat macam dah naik je tapi mati-mati aku kata , alat penimbang berat tu rosak . sengal ! hahaha . aku rasa aku reti masak air sahaja . lain-lain semua tak hebat lagi . even goreng telur pun melekat dekat kuali . huh ! buat air milo , manis sangat la pulak . buat air nescafe , kalau tak pahit , kelat-kelat masam . hahaha . bodoh je . masak nasi ? lagi la aku tak tau … semalam aku telah diajar masak maggi bagi sedap . lain sikit resipi maggi ni daripada yang biasa . and hasilnya … tada ~ perfect ! hohoho ~ walaupun tak sesedap tuan punya resipi yang masak , tapi still boleh makan dan aku boleh gerenti takkan keracunan makanan punya . selain tu , aku sekarang dah rajin basuh pinggan . selalunya aku basuh pinggan aku je . hahaha . pemalas dan pentingkan diri sendiri kan ? sekarang aku akan basuh semua pinggan dalam sinki tanpa disuruh tapi kadang-kadang je la . biarlah kadang-kadang pun . sekurang-kurangnya aku cuba nak buat kan ? tu lebih baik … lepas ni aku nak belajar buat air bagi rasa best and masak nasi . yang lain-lain tu , lain-lain tahun la pulak aku belajar . tak boleh belajar banyak-banyak sekali gus . nanti kena culture shocked . logik ke ? hohoho ~ whatever la . yang pasti , aku dah pandai masak maggi !

Sorry for the inappropriate language used !

No comments: