suddenly aku suggested dekat my sis , alyn ... why not kita buat double date . whoa ! dia dengan boyfriend dia . aku dengan boyfriend aku . macam bodoh je kan ? tapi entah la . aku rasa macam best je . kakak aku sempoi je . tak kesah pun aku couple masa umur-umur macam ni sebab dia pun pernah lalui benda yang sama . dia faham macam mana sebab tu dia tak banyak cerita . yang paling penting , dia tak report dekat mak aku selagi aku tak buat benda-benda bengong ! cadangan mula-mula nak pergi times square je . tengok wayang ke . but tiba-tiba tadi aku cakap dekat dia , jom pergi jomheboh nak ? 11 and 12 december nanti . wahh ! macam best je . tapi macam boyfriend aku nak ikut . dia dah la pemalu . hahaha . pemalu ke ? kalau dia tak nak , aku menyelit je la ikut kakak aku dengan boyfriend dia *alyn alyn , boleh tak ?* . macam sengal je buat double date dengan kakak sendiri tapi apa ada hal . beza umur aku dengan sis aku , 4 tahun je . still okay apa . aku 15 , dia 19 . selagi dia belum masuk kategori 20an tu , belum dikira tua lagi la . karang dia dah masuk 20 tahun baru aku tak nak buat double date dengan dia dah sebab aku tak nak keluar dengan orang tua . hahaha ! sebab tak cool la sis *jangan sentap ye :D* ... tadi tiba-tiba aku dengan kakak aku bukak perbincangan yang agak serius . masa aku tengok dia tengah bersenang-lenang baring atas katil sambil dengar mp4 and baca novel , aku pun lompat naik atas katil . lepas tu bukak keropok roller coster perisa sweet and spicy . hohoho ~ lepas tu kita orang bincang pasal masa depan . antara isi perbualan kami :
- agak-agak hang nak kahwin ke dengan boyfriend hang sekarang ?
- bila masuk universiti nak belajar apa ?
- bila keluar universiti nak jadi apa ?
- kerja apa dapat gaji banyak ?
- macam mana ek nak tentukan cita-cita ? minat kita more ke arah mana ?
- nanti dah kerja nak beli rumah and kereta baru kahwin ke ?
- nak rumah apa , kereta apa ?
- kenapa nak ada rumah and kereta sebelum kahwin ?
serius kan perbincangan ni ? berkaitan masa depan je . tapi ni hanya perancangan . tak salah merancang kan ? baru lah kita ada wawasan . ada target . apa yang kita nak dalam hidup . kalau tak ada angan-angan dan impian . macam mana kita nak berusaha capai ke arah tu kan ? jadi kami hanya ingin masa depan kami cerah seperti bulan mengambang malam ni *cuba tengok kat luar rumah korang* . doakan kami dapat apa yang kami impikan ye ! *skema , huh ?*
p/s : i better stop typing now . aura pensyarah aku dah keluar *angan-angan lagi*. kalau tak stop , nanti lagi panjang entry ni . lagi panjang aku membebel dan mengarut . lagi bosan korang baca . till then ...
4 comments:
hahhaa..me kn cool..open minded..x kesah pun.. :)
bangga lah pulak .
ni yang malas nak puji .
haha...pelik la k0 ny na...
aku teka ..
aku teka ..
orang yang comment aku dekat atas ni ,
yang "anonymous" tu AMALINA kan ?
Post a Comment