FACEbook

aku tak ada facebook . ketinggalan zaman kan ? kawan-kawan sibuk suruh buat facebook . tapi apa ada dengan facebook ? tak ada apa kan . aku pelik bila kakak aku buat ala-ala jejak kasih dalam facebook . hahaha ! add adik-beradik , sedara-mara , sepupu-sepapat sebagai friends dalam facebook . macam lawak je . dengan sedara-mara pun boleh jadi member dalam facebook . nak buat apa ? tapi sekarang aku terpaksa akui , yang dengan facebook tu boleh cari balik member-member lama yang dah terpisah . tengok kakak aku , dia dapat add member dekat rumah lama , member masa sekolah rendah , sekolah menengah , MRSM , matrix and universiti dia . aku ? apa pun tak ada . kuno gila . tiba-tiba aku rasa rindu dengan semua orang … especially member dekat rumah lama la . walaupun aku tinggal dekat situ sampai darjah 2 je . and sekarang aku dah form 3 nak masuk form 4 . berapa lama dah terpisah ? tapi aku still ingat lagi dekat member-member hingusan tu walaupun sekarang ni samar-samar je . ingat-ingat lupa je . tapi aku ingat la jugak . aku nak jumpa la dengan dorang . aku nak tengok muka sorang-sorang . mesti cantik-cantik . aku je yang hodoh lagi . aku nak jumpa dini , along , angah , diyana . member masa zaman budak-budak , zaman tadika and zaman selekeh time darjah 1 & 2 tu . huh ! rindu dowh . mana aku nak cari dorang ni . kalau dapat jumpa balik mesti best . ada lagi , kak nana jiran depan rumah , kak zira anak cik nor , adik ain anak cik nor jugak and kawan yang aku suka ajak main kejar-kejar dulu . apa nama dia aku dah lupa pulak . tapi yang aku ingat , rumah dia dekat hujung dan ada buaian . aku ingat lagi , aku dulu suka panjat-panjat dekat luar rumah dia sebab main sorok-sorok . macam sengal ! hahaha . lepas tu , dekat rumah lama tu aku ingat lagi . ada satu rumah yang jual aiskrim strawberry . sedap gila ! ada lagi tak orang tu eh ? yang paling tak boleh lupa masa 6 tahun , gedik sangat main basikal dekat court lepas hujan . dengan pakai skirt , terjatuh and terhentak kepala sebab tergelincir . padan muka ! 2 kali pulak tu . satu sebelah kanan , satu sebelah kiri . then , dulu-dulu aku mengaji dekat rumah orang sebab tu masa umur 6 tahun aku dah masuk quran . aku panggil ustazah yang ajar mengaji tu , cikgu ibu . dah cikgu , ibu pulak tu . hahaha . lepas tu dulu-dulu aku sekolah agama dekat pulapol . aku ingat lagi ada sorang ustazah tu belanja aku air sebab aku tolong kemas meja dia . apa nama ustazah tu aku tak ingat . tapi ada satu ustazah tu , guru kelas masa darjah 2 dekat sekolah agama yang sayang gila kat aku . selalu puji aku . hahahaha . bangga seyy … tapi masa tu jadual packed gila . pagi , pukul 6.30 kut dah kena keluar rumah walaupun sekolah agama start pukul 8.00 tapi sebab kena hantar kakak yang sekolah dekat smk puteri titiwangsa , so bapak aku kena la keluar awal . lepas tu pagi-pagi sampai sekolah agama mesti pergi kantin minum air milo panas . hohoho ~ balik sekolah agama pukul 10.00 , jalan kaki . adoyy . jauh derr . tapi dulu tak kesah , sekarang sekolah sejengkal je dari rumah . dah la balik pukul 10.00 pagi , lepas tu jalan kaki , nak makan and mandi lagi , pukul 11.00 dah kena naik bas nak pergi sekolah rendah yang patutnya masuk pukul 1.10 . bukan main awal lagi kan ? lepas tu balik sekolah pukul 6.00 petang , tapi naik bas pukul 6.30 sebab masa tu ada kelas bahasa arab . lepas tu sampai rumah around 7.00 malam . orang bas tu selalu hantar aku last sekali ! lepas tu mandi-mandi , kena pergi mengaji pulak . sebelum maghrib dah terpacak dekat tempat mengaji sebab nak mengaji dulu , takut kena beratur . dulu-dulu tak sembahyang , boleh la cerita , sebelum maghrib dah pergi . hahahaha . sebab apa tak nak beratur ? sebab nanti turn mengaji lambat so terpaksa balik malam . takut nak jalan sorang-sorang . dah la gelap je . hahaha ! kisah lama . kalau nak cerita . beratus-ratus muka surat pun belum tentu cukup . stop la .

p/s : mana aku nak cari member-member lama tu eh ? ada lagi ke dorang dekat setapak jaya rejang 4 tu ? yang aku tau , along dengan angah ada lagi sebab rumah dorang tu rumah beli . dini pulak , mak aku kata ada dekat keramat . huh ! yang lain-lain tak tau . tolong lah . rindu gila zaman budak-budak tu .

Sorry for the inappropriate language used !

2 comments:

alynfazlin said...

hahaha jejak kasih???excuse..they all yg add me okeyy..noy my fault la tetbe jd cm jejak kasih pulak..

dini ade fb..hehehe moral of the story..buatlah fb.. :)

heartbroken lone disaster said...

haaa ?
ye ke dini ada fb ?
kau tak bagi tau pown ...
mana boleh buat fb .
susah la .
nanti mcm2 problems la .