kena hormat ke?

mungkin salah saya Pak Cik, sebab saya hantar mesej, tak bagi salam dulu. tapi Pak Cik call saya marah-marah. sedangkan Pak Cik tak kenal pun siapa saya. Pak Cik call saya ada Pak Cik mulakan dengan salam? tak ada kan? masa Pak Cik letak phone lepas Pak Cik marah-marah saya, ada Pak Cik bagi salam? tak ada jugak kan? Pak Cik main letak je phone tu kan? lepas tu Pak Cik konon-konon sound saya sebab saya tak reti nak mulakan mesej dengan bagi salam. habis, Pak Cik tu memang PANDAI SANGAT bagi salam lah kan? saya hormat sebab Pak Cik lagi tua. tapi kalau perangai Pak Cik macam ni, sorry to say lah! saya memang hilang respect habisan dekat Pak Cik. Pak Cik pung-pang-pung-pang marah saya, cuba tengok anak Pak Cik? pandai sangat ke dia mulakan mesej dengan salam? sama je Pak Cik anak Pak Cik tu dengan saya. sekurang-kurangnya, saya tak lah macam anak Pak Cik. depan cikgu pun anak Pak Cik boleh tengking kawan-kawan dia. siap keluar pekataan 'bongok' lagi. depan cikgu tu! memang SOPAN anak Pak Cik tu kalau nak bandingkan dengan saya. ni lah orang kata "sibuk jaga tepi kain orang lain , tepi kain sendiri koyak-rabak tak nampak". haishh~ Pak Cik sibuk sekolahkan saya sebab saya tak reti bagi salam bila mulakan mesej, habis Pak Cik call, tak bagi salam lepas tu terus marah-marah sedangkan Pak Cik tak kenal pun siapa saya, MEMANG BAGUS SANGAT PERANGAI PAK CIK! yang tak boleh blahh, Pak Cik sekolahkan saya pasal salam, anak Pak Cik tu dah habis sopan sangat ke? bagi salam bila mulakan mesej? Pak Cik marah-marah saya, ada Pak Cik tau perangai anak Pak Cik tu pun lebih kurang saya jugak? apa daa Pak Cik!

p/s: lepas Pak Cik ni letak call, saya rasa nak ketawa sebab Pak Cik ni marah saya, anak dia pun lebih kurang je. kalau la Pak Cik ni tau anak dia pun perangai lebih kurang macam saya je, mesti dia sorok muka bawah meja kan? ye la... malu sebab dah sound anak orang, sekali anak sendiri pun perangai sama je. hahaha~ shame on you lah! kalau nak anak-anak muda macam saya ni respect dekat orang macam Pak Cik, belajar tegur anak-anak muda ni dengan berhemah dulu, jangan main sembur tak pakai penapis je. nasib baik Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan saya dapat 96%. jadi saya pun mintak maaf dengan penuh ber-sivik dekat Pak Cik walaupun Pak Cik dah 'pancung' saya dengan ayat-ayat cinta Pak Cik. =)

Sorry for the inappropriate language used !

No comments: