everything has changed =(

dulu kan... aku ada kawan. sangat rapat even dia lelaki. dia tau everything pasal aku. dia ambil berat pasal aku. dia selalu backup aku kalau aku gaduh dengan boyfriend aku *dulu* even boyfriend aku tu kawan dia. alsan dia sebab dia kenal aku sama macam dia kenal boyfriend aku tu. dia tau yang mana patut dia percaya and backup. tapi sekarang aku sangat sedih sebab semua ni dah tak ada. semua dah berubah sangat-sangat. kadang-kadang aku rasa sangat kehilangan dan kadang-kadang aku rasa mungkin ni yang terbaik. mungkin salah aku. lepas ni luahkan semua benda, kita orang jadi renggang. dia elakkan diri dari aku dan aku pun sama. sekarang, aku dah tak boleh nak bercakap dengan dia macam dulu. aku kekok and aku takut lagi banyak aku bersuara, lagi banyak dia sakit hati. aku sayang dia sama macam aku sayang family aku, kawan-kawan perempuan aku. tapi bila semua ni jadi, aku rasa macam ada something yang hilang. dulu, dia ada bila aku ada masalah. sekarang, aku ada masalah ke tak ke, dia dah tak ambik tau. mungkin salah aku jugak. aku tak hargai dia macam yang sepatutnya. bila dia dah tak ada baru aku nak ingat. dah terlambat kan? dia pun dah ada hidup dia sendiri sekarang.


p/s: terima kasih untuk semua yang pernah awak buat dan korbankan untuk saya. semoga awak dapat yang terbaik dalam hidup awak. saya doakan awak bahagia dan terus bahagia walaupun saya dah tak wujud sebagai KAWAN awak. all i want you to know is, i still love our friendship. iloveyou friend!
Sorry for the inappropriate language used !

all about our friendship !

still bulan Jun lagi kan? belum terlambat lagi nak cakap dekat Hamidah yang... bytheway, sorry sebab petang tadi aku tegur kau something. aku nasihat je. nak dengar, dengar. tak nak tak apa. kau kawan aku. so aku tak nak kau terus hanyut. tu je. jangan salah sangka niat aku. aku pun bukan baik sangat. tapi sambil aku nasihat kau tu, aku pun ambik iktibar jugak la. sorry friend! iloveyou~


Untuk Hamidah Ashaari,
SEKARANG BULAN JUN,
DAH 8 TAHUN KAWAN DOE!
DULU SELALU GADUH DEKAT SEKOLAH AGAMA.
SEKARANG PUN GADUH JUGAK.
TAPI GADUH MANJA JE KAN?
DULU KAU SELALU PUKUL BAHU AKU.
AKU PULAK SUKA CUBIT KAU SAMPAI MERAH-MERAH.
PUKUL PAKAI PENCIL BOX.
MAIN KEJAR-KEJAR LEPAS BALIK SEKOLAH AGAMA.
KENA MARAH DENGAN MAKCIK TINGKAT ATAS SAMA-SAMA.
KENA MARAH DENGAN USTAZAH SAMA-SAMA.
PERGI PERTANDINGAN OLAHRAGA SAMA-SAMA.
BUAT LATIHAN OLAHRAGA DEKAT DEWAN SAMA-SAMA.
MAIN BOLA BALING SAMA-SAMA.
SEKARANG DAH SEKOLAH MENENGAH,
AKU DAH JARANG LEPAK DENGAN KAU.
TAPI AKU STILL CARE PASAL KAU.
JANGAN SALAH ANGGAP DENGAN SETIAP NASIHAT AKU.
AKU NASIHAT SEBAB AKU SAYANG.
last but not least,

SEMOGA PERSAHABATAN KITA AKAN KEKAL SELAMA-LAMANYA


Sorry for the inappropriate language used !

jom study =)

4 jam 30 minit

okay... kena stop ni. dah lama sangat ber-BLOG-ing. ibu dah bising-bising. tak larat den nak mendongarnye *macam la Na ni selalu online, ibu*. whatever la. after this nak buat Math Mod and Add Maths. walaupun saya hanya mendapat C bagi subjek Add Maths, rasa kasihsayangcintasuka terhadap Add Maths masih tidak berubah. saya masih setia berkepit dengan buku Add Maths walau apa jua halangan yang tiba. 

Sorry for the inappropriate language used !

bahana PJK !



nak sangat main bola jaring kan? at the end, padan muka diri sendiri. now, lutut sakit gila sampaikan bila rukuk lepas tu nak tegak balik pun rasa macam erghhh... nasib baik tangan tak luka sebab cantik je menyembah bumi tengah-tengah rebut bola tu. and luckily jugak sebab seluar aku tak koyak LAGI . dah berapa banyak seluar aku koyak sebab main bola jaring? huh! before game start, Najwa dah bagi warning, "Na, kau jangan jatuh pulak"... aku dengan bangganya menjawab, "Jangan la cakap macam tu. aku takkan jatuh selama-lamanya". sekali? thumbs up Yana! good job... anda telah berjaya men-JATUH-kan diri anda sendiri.


p/s : kenapa setiap kali main bola jaring mesti aku nak terjatuh? kena kaji ni. dulu-dulu masa form 2 ada belajar pasal stability. mesti ada yang tak kena dengan keluasan base area aku ni. kalau nak kata ada kaitan dengan centre of gravity tak logik la pulak, aku bukan tinggi mana pun. dah sah-sah la centre of gravity tu dekat je dengan tanah. so, aku should be stable la. tapi asalnya bila orang langgar sikit aku senang tumbang? haih~
Sorry for the inappropriate language used !

cari pasal sendiri !

sekarang serious rasa down balik... ye lah! aku pergi gatal-gatal tangan selongkar balik benda-benda lama sampaikan teriangat balik dekat kenangan lepas. tapi aku dah janji dengan diri sendiri... tak nak dah fikir-fikir pasal benda tu. mungkin apa yang jadi ada sebab. aku kena terima hakikat. aku tak pernah berharap untuk kembali dengan dia sebab aku tau semua tu mustahil. tapi yang sampai sekarang menyakitkan hati aku, kenapa dia tak pernahh berterus-terang? teruk sangat aku dekat mata dia sampaikan dia keluarkan statement yang buat orang pandang serong dekat aku? tapi biarlah... dah tu pilihan 'DIA'. dia nak yang macam tu. apa aku boleh buat? aku doakan dia happy. terima kasih untuk SEGALANYA. whatever it is, i still love you with all my heart. =(


Sorry for the inappropriate language used !

berani ke?

let's begin... okay. hari ni nak pergi Amcorp Mall, PJ. sorang-sorang? ohh yes... dekat sana baru jumpa Angah. but masalah sekarang ni, aku berani ke nak pergi sana sorang-sorang tanpa ditemani sesiapa pun? memang sampai sana Angah ada, tapi daripada Taman Melati, naik tren, lepas tu kena jalan lagi. dari rumah gerak dalam pukul 6 petang. gila kan? mesti sampai sana around 7. dah dekat maghrib. and aku pulak jalan sorang-sorang dekat tempat yang memang selama hayat tak pernah jejak pun. kalau setakat TS tu, memang la pernah pergi sorang-sorang bila angin gila sampai tapi TS dekat KL je. ni PJ okay. so sekarang ni tengah berbelah bagi je. tapi dah janji dengan Angah nak survey something dekat sana. so how? huh!


p/s : buat-buat berani bole?
Sorry for the inappropriate language used !

Sukaneka SK Setapak Indah

sebab adik saya masuk sukaneka, lepas mak dengan kakak saya datang ambil report card dekat sekolah saya, saya pun pergi sekolah sebelah tengok adik saya. turn mak saya nombor 6. so saya pun boleh balik awal. pergi sana tengok budak-budak darjah 1-3 main sukaneka, teringat pulak dekat kenangan dahulukala. masa nak pergi tangkap gambar adik saya. saya ternampak Cikgu Hazlee a.k.a Panjang dekat tempat jual belon and kupon. wehh... wa bangga wa cakap lu. dia ingat wa lagi kut. dah 4 tahun saya tinggalkan sekolah tu, dia ingat lagi dekat saya. ye lah, mana tak... saya la yang lumba lari *dekat sekolah area cheras* tak pakai spike sampai kulit jari kaki terkoyak tu. kau ada? dia la yang bawa aku pergi dekat PBSM and bawa aku pergi makan. lepas tu hantar balik. disebabkan kulit dekat jari kaki aku terkoyak, aku tak boleh pergi final olahraga. masa saringan tu aku dapat nombor 1 tapi sebabkan tercedera, tak boleh pergi final. sedih okay. tapi masa form 1, aku ada pergi sekolah sebelah sebab ada anugerah cemerlang untuk UPSR. cikgu ni jugak, dia ingat aku lagi time tu. dia siap sembang dengan aku. dulu-dulu tak nak pulak sembang dengan aku. ye la dulu aku comot and selekeh. tapi hari ni dia still ingat aku lagi. aku terharu. cewahhh~

dulu
SAYA BUDAK OLAHRAGA
sekarang tidak lagi!

Sorry for the inappropriate language used !

why why why?

muka saya sangat teruk sekarang. pimples sana sini. parut sana sini. suck! tak tau kenapa. nak kata tak jaga muka, hari-hari aku cuci pakai facial cleanser. tapi still teruk jugak. bila tengok gambar lepas-lepas, sedih gila... dekat muka, tak ada parut pun. dahi pun licin je. tak ada kesan langsung. sekarang? tau-tau sendiri la.

mula-mula...
Alynfazlin : weh... apasal muka kau buruk sangat?
Ibu : apasal la muka macam ni. dulu tak pun.
Angah : eiii.. apasal muka kau teruk sangat Na?
Ayah : baru 16 tahun, muka dah teruk. belum 20-30 lagi.

lepas tu...
Alyfazlin : lek ah wey... ada orang muka lagi teruk daripada kau. kawan-kawan aku pun cakap kau cantik bila aku tunjuk gambar kau. kau bukan tak cantik, maybe sebab ada pimples kut. kalau kau tak ada pimples, aku puji kau cantik, 10 kali.
Ibu : lepas ni tangan tu jangan nak gatal-gatal. biarkan je.

p/s : sumpah sedih wey. sebab tu aku senang emo sekarang. kalau kau ada dekat tempat aku, mesti sedih, bengang, malu. kan kan? tapi apa aku boleh buat? lantak la. nak kutuk, kutuk... tak nak kawan, sudah... boleh blah. i hope my face will change to normal back. *sigh*

Sorry for the inappropriate language used !

kalau AWAK baca ;

saya tau awak ada URL saya. and kalau awak baca...

apa yang YANA dah berubah?
apa yang YANA dah tak layan awak macam dulu?
apa yang YANA dah tak cakap dengan awak macam dulu?
apa yang awak nak YANA buat?
kenapa awak tanya YANA, "kita still nak kawan or tak nak"?
kenapa awak cakap, "sorry eh kalau tertinggi suara"?
kenapa awak cakap, "boleh tak jangan nak berfikiran macam budak-budak"?

awak ada jawapan tak untuk semua soalan ni? ada tak? awak nak Yana buat apa? awak yang susah nak faham bila Yana cakap, lepas tu awak fikir bukan-bukan. memang Yana banyak sakitkan hati awak kebelakangan ni. kalau awak marah, okay... i'm really sorry! tapi kalau awak rasa yang kita memang tak boleh nak kawan dah, awak fikir sendiri la. awak tak payah tanya sama ada Yana nak kawan lagi dengan awak or tak. awak sendiri tau Yana macam mana. dah dekat 4 tahun kawan. takkan senang-senang Yana nak putuskan persahabatan kita. terpulang la dekat awak.

Sorry for the inappropriate language used !

Hari Bersama Pelanggan 2011

Location : 4 Suria
Date : 24 June 2011
Time : 8.25 a.m

hari ambil report card. luckily, Teacher Nik tak complaint banyak pasal aku. dah 2 tahun, guru kelas aku asyik cakap dekat mak aku yang aku ni suka berangan dalam kelas. kadang-kadang macam TER-mengelamun tiba-tiba. apa-apa pun, result tak berapa nak gempak la. kena study hard lagi.

2A, 4A-, 1C+, 1C, 1D

tau tak, ada suara-suara sumbang yang cakap saya TAK BERSYUKUR sebab dapat result macam ni. saya dah ada 6A tapi still nak kata result teruk. masalah sekarang ni, bukan bersyukur or tak. tapi semua orang nak yang the best kan? semua orang ada keinginan nak dapat 9A+ kan? so mesti la setakat dapat 6A, complete dengan C and D, aku rasa teruk. logik apa. kalau setakat result macam ni dah terus nak bersyukur, baik aku tak payah belajar. bila exam, jawab je. kalau gagal pun, bersyukur je la. dah takdir. macam tu? ohh please. don't criticize what you can't understand. kau tak fikir macam aku fikir. kalau kau rasa 6A tu dah cukup untuk kau, get lost. tak payah nak condemn yang aku ni tak bersyukur bagai. bingit je telinga aku dengar.


Sorry for the inappropriate language used !