i'm in the middle

kusut sangat keadaan sekarang. takkan sebab kau, aku nak kena ubah hundred percents cara aku. aku rasa terkongkong gila. itu aku buat salah, ini aku buat salah. kau tak boleh expect aku untuk ikut cara kau sepenuhnya. aku hargai kau sebab kau nasihatkan aku. tapi kadang-kadang aku rasa sangat FAKE bila dengan kau. apa aku buat, serba tak kena. aku tak tau sampai bila keadaan ni akan berterusan. aku penat bila aku terpaksa jadi orang lain bila dengan kau. macam kau cakap, nak berubah tu lagi senang kalau sekeliling kita tu orang yang kita tak kenal daripada yang kita rapat. maka kau faham kan situasi aku? takkan dalam masa sebulan, aku boleh ubah semua benda. memang benda tu tak mustahil. tapi easier said than done. letak diri kau dekat tempat aku. boleh tak kau buat perkara yang sama? semua orang kalau boleh memang nak jadi baik. lagi bagus kalau dari lahir memang dah baik. aku pun nak jadi baik. tapi bukan senang nak buat semua tu sekelip mata. aku tak nak buat kerana terpaksa. aku tak nak jadi baik hanya bila aku dengan kau.

# aku kalau boleh memang tak nak terasa hati dengan kau. tapi aku manusia biasa. kadang-kadang aku kalah dengan perasaan sendiri. aku harap semua bertambah baik. hopefully~ ameen..

Sorry for the inappropriate language used !