i have to be strong


dan aku sangat lemah bila hal tu dah melibatkan mak ayah aku, ahli keluarga aku. mungkin apa yang aku rasa sekarang ni, mereka turut merasainya, tapi aku tak sekuat mereka untuk menanggung semua ni. perasaan yang aku rasa sekarang ni buat aku rasa takut. aku takut kalau aku kalah dengan perasaan sendiri. aku takut kalau aku tenggelam dalam perasaan yang tak sepatutnya aku rasa pada usia aku sekarang ni. tapi Allah lebih mengetahui segalanya. Allah tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Allah takkan menguji hamba-Nya melebihi kemampuan mereka. sesungguhnya Allah maha pengasih lagi maha penyayang. setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. dan sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah orang yang akan tetap bersyukur dan bersabar di kala ujian menimpa dirinya kerana sesungguhnya ujian yang datang itu adalah sebaik-baik ujian daripada Allah tanda sayang-Nya kepada kita. 

Ya Allah,
jagalah mereka di kala penjagaanku tak sampai kepadanya,
sayangilah mereka di kala rasa sayangku tak mampu merangkulnya dalam dakapan yang nyata,
perhatikanlah mereka di kala perhatianku tak terangkum dalam kata yang sahaja,
kerana Engkau punya segala yang ku tak punya,
kerana ku ingin mereka selalu menjadi temanku,
di dunia,
dan harap bertemunya di syurga,
Amin.

p/s : 2012 is the most tough year for me. i need to be strong for them. i can't give up everything. Allah will always be with me. :(


Sorry for the inappropriate language used !

No comments: