semua rasa bercampur dalam satu masa

Aku pernah rasa sedih,
Tapi tak pernah sesedih ni.
Aku pernah rasa takut,
Tapi tak pernah setakut ni.
Aku pernah rasa kecewa,
Tapi tak pernah sekecewa ni.
Aku pernah menangis tanpa sedar,
Tapi tak pernah seteruk ni.
Aku pernah rasa hilang hormat,
Tapi tak pernah sampai macam ni.
Dan...
Aku pernah rasa tak nak maafkan orang,
Tapi tak pernah sampai tahap ni.


Sorry for the inappropriate language used !

it's you again

the same event
last two years
we're still together

now, i'm missing you. :(


Sorry for the inappropriate language used !

tadarus dan zohor berjemaah !

ini cerita semalam [250712].
hari ni tadarus saja.
k macam tak sangka.
siapa expect THAT GUY yang macam blur, scary tu yang azan and iqamat waktu nak solat tu.
tu lah.
jangan menilai orang *peringatanuntukkauyeliana*
semua style syahdu je.
siap dengan comment "aww sweet nyeww"
k i'm not one of them.
cuma a bit surprised.
yang kacakkacak badan sado rambut cacakcacak tu duduk belakang saja kah?
and then kami menjadi makmum kepada Muaz Azhar.
lengkap zikir and doa lagi.
dah boleh kahwin ni Muaz.
dah boleh jadi imam nak pimpin kawan-kawan sekelas solat tu kira bagus dah tu.

p/s : may Allah bless all of us. :)

[written with smile on my face]

 

Sorry for the inappropriate language used !

PLKN SIRI 10/2013

aku TAK DAPAT.
wahh happy k.
kalau dapat pun, ada excuse untuk tak pergi [health problem].
TAHNIAH ;
Nadhirah Shamsul Ariffin
Syairah Atmoriyadi
Hamidah Ashaari
Syafiqah Salim
Azelinda Nor Azman
Syamirah Suhaimi
Zulhaiqal Zulkifli
Jonathan Richard
 Jon
untunglah dapat kan? hati gembira la tu
Ira
jangan la menangis. take it on the bright side.
Nad ;
jangan bunuh diri Nad. aku sayang kawan aku lagi. mak mana boleh bawak. nak taruk mana?
Midah ;
balik PLKN aku belanja choki choki. 5 stick!
 p/s : kbyee babies. semoga bergumbira di sana. btw, yea yea. Aida Izaty tak dapat jugak. boleh kerja sama-sama nanti. and one more thing, aku nak tau if those WEIRDOS dapat PLKN or not. kalau dapat pun macam best je. biar dorang kenal dunia luar sikit. sebelum ni bawah tempurung. macam tak nak keluar-keluar. biar dorang kenal sikit mana langit mana tanah. kjahatnyaliana.


Sorry for the inappropriate language used !

[untitled]


Dear You,

jangan terlalu prejudis. semua orang berhak dapat peluang kedua. sebabkan orang macam kau la, ramai yang tak berani nak mengaku kesalahan mereka. jangan menilai orang daripada masa silam mereka. semua orang pernah melakukan kesilapan. kau sepatutnya menyokong bukan memandang serong. kau tak berhak menghukum!

p/s : semua orang berhak diberi peluang sekali lagi kalau mereka betul-betul dah sedar kesilapan mereka kan?



Sorry for the inappropriate language used !

YOU ;


> segala kekasaran bahasa didahului dengan jutaan maaf. tiada niat menyinggung hati mana-mana pihak.

jadi perempuan tu biarlah tahu malu sikit. hormatlah sikit bulan Ramadhan ni. Kalau rasa dah “tak tahan” sangat tu kan, tak payah la buat dekat kawasan perumahan orang. kau ingat orang dekat sini diam, dorang galakkan kau buat benda bukan-bukan macam tu? tunggu masa je kak nak sound awak. kalau setakat nak buat dekat tempat orang, baik tak payah la. sia-sia je mak bapak kau kena keji disebabkan perangai bodoh kau. kalau dah dalam gelap, duduk berkepit dengan lelaki, kau ingat apa orang akan fikir? bezanya kau sebagai manusia daripada binatang ialah AKAL. so gunakanlah akal tu nak berfikir. kalau dah desperate sangat nak cari port, buat depan rumah kau. biar mak bapak adik beradik kau semua yang nampak, bukan jiran-jiran. jangan kau ingat duduk dekat bandar, jiran-jiran semua tak kisah apa yang berlaku dekat sekeliling dorang. banyak mata yang memandang dan  banyak jugak mulut yang mengeji. harga diri tu sekalipun dah murah sangat, tak payah letak dekat tapak kaki. kesian mak ayah kau tak pasal-pasal dipersalahkan sebab tak pandai jaga anak.

p/s : betullah bulan puasa ni walaupun syaitan diikat, nafsu manusia tu yang macam syaitan. mintak-mintaklah kita semua tak tergolong dalam golongan macam tu. nauzubillahi min zalik. dekat sekolah nampak “benda” sama. Nak balik rumah pun nampak “benda” sama. Kalau rasa tak nak jaga maruah sendiri pun, fikirkanlah maruah mak bapak korang. dorang tak tahu apa-apa pun tapi dorang dipersalahkan sebab perangai korang. -.-‘



Sorry for the inappropriate language used !

please treat us well

sambungan kepada kisah "girl's day out; 270712"

kadang aku pelik bila orang tua nak kecoh anak-anak muda tak hormat dorang *sesetengah orang tua la*. dah kalau you all pun tak jaga adab, macam mana kami anak muda nak respect.

macam tadi aku keluar dengan kawan-kawan. nak balik hujan. so naik la cab. bukan main kerek mulut pak cik tu. ingat kami naik free ke? kami bayar. hantar je la. kalau tak tau jalan, tak payah berlagak. kami boleh tunjukkan. kami faham kot kalau ada taxi driver yang tak familiar jalan nak balik rumah kami. tapi tak payah merungut. kami bukan pekak dekat seat belakang tu.

jangan sebab kami budak-budak, pak cik sesuka hati nak marah kami. kami tahu jalan sesak sebab hujan lebat. kalau rasa tak boleh sabar, yang pak cik gatal ambik penumpang time orang balik kerja tu buat apa. pak cik ikut jalan jauh pun kami tak kisah sekalipun kena bayar lebih. kami faham pak cik nak elak jalan jammed. tapi bila pak cik bajet-bajet tau jalan sampaikan pak cik main redah jalan mana-mana, and lepas tu pak cik berhentikan je kami dekat TEPI JALAN. kami punya sabar pun ada limit.

kalau rasa tak boleh hantar, jangan ambik customer. fikir nak untung je. kerja tak ikhlas. sepanjang perjalanan merungut. apa ingat kami tunggul mati? kami HAFAL nombor plat teksi pak cik. kalau kami nak buat aduan pun boleh. sebab pak cik langgar etika sebagai pemandu teksi. dah la teksi bocor, siap bawak isteri dekat seat sebelah pemandu, tak bersopan pulak tu.

p/s : kami tau adab dan kami masih bersyukur sebab pak cik hantar kami walaupun dekat tepi jalan je. btw, ni la FIRST TIME aku alami keadaan di mana, taxi driver MARAH penumpang. great job! *post ni sebagai tanda kenang-kenangan aku kepada PAK CIK PEMANDU TEKSI BERNOMBOR PLAT ______. tiada kaitan dengan pihak-pihak lain.*



Sorry for the inappropriate language used !

girl's day out; 200712

ni last kot hangout dengan kawan-kawan. SPM dah dekat. lepas SPM dah merata pergi. susah dah nak jumpa. semua ada benda yang masing-masing nak kejar. nak kerja la, nak belajar memasak la, nak belajar drive la, nak duduk rumah lebarkan badan la. macam-macam *eh sedih la pulak*. so last day before puasa ni Me, Aida, Ira, Mai and Fatin keluar dengan niat nak makan puas-puas. gaya macam esok buka puasa tak boleh makan puas-puas je kan. k sayang korang *cehh tetiba je*

p/s : gambar tak dapat lagi. kena mintak dekat Ira.

Sorry for the inappropriate language used !

20/7/2012 ;

tadi Ayang cakap dengan aku. walaupun satu ayat je. siap eye contact k. seriously berdebar time tu.

"Maaf eh kak" *sambil senyum*

tak tau apa motif ayat di atas. yeah sengaja je kot. lagipun Ayang kenal aku sebagai _______ kepada _______. lepas tu aku terus jadi hyper. masuk kelas teloncat-loncat. Ayang kan energy booster aku. maka hati pun berbunga-bunga sampai balik.

"AYANG, ik hou van jou"

p/s : macam mana la aku nak TAK SUKA dekat dia. asal nak TAK SUKA je, dia ada depan mata aku. dah la perfume dia wangi gila. aku dah la suka lelaki yang wangi-wangi ni. *masih tersenyum hingga sekarang.. parah dah ni Liana..*



Sorry for the inappropriate language used !

kenangan sepanjang perjalanan :D

satu impian dah terlaksana. no regret, seriously. i can feel the environment. i can feel the sadness and i can feel their feelings. semoga segala urusan berjalan lancar atas izin Allah. i will always pray for it. sekarang saya dah pasti dengan cita-cita dan impian saya. saya tahu apa saya nak dan kemana tujuan saya selepas ni. semoga semua perancangan dipermudahkan Allah. thanks for the experiences and memories.
-Lyana-



Sorry for the inappropriate language used !

[entry untuk diri sendiri]

just bear with it Liana. only a few months left. lepas ni dah tak ada dah. 'sakit mata' sekali pun, kalau dah jenis payah nak ditegur, buat sakit hati je. butakan mata dan pekakkan telinga are the best ways you can do right now. sabar je la. even She yang non-Muslim pun boleh faham, inikan korang. kalau tak boleh nak ubah kemungkaran dengan kuasa or nasihat, benci kemungkaran tu is the last choice.

 

Sorry for the inappropriate language used !

apa kau nak?

ohh. dah break up dengan GF kau ke? cari aku la lepas tu? nak buat apa? nak cerita kesedihan kau? lepas tu? nak suruh aku comfort-kan kau? please k. masa kau baru ada GF, sebulan sekali pun payah nak text aku. call apatah lagi. tak ada pulak kau rasa nak ambik tau pasal aku kan? sebabnya? aku orang luar, GF kau iloveyouforever. cehhh. sweet-nya. sekarang orang yang kau iloveyouforever tu pergi mana sampai kau cari aku balik?

p/s: spoil mood aku k malam-malam buta ni. memang aku tak angkat lah kan call kau sebab aku dah block nombor kau dekat handphone. tak payah nak mengaku BESTFRIEND aku sangat lah kau brothaa kalau kau setakat nak cari aku time kau lonely. aku bukan perempuan simpanan kau, JERK!


Sorry for the inappropriate language used !

kan ?

being ignorant in certain things tu lebih baik.
masing-masing nak menegakkan benang yang memang dah basah lencun.
ambil tahu tak bermakna ambil kisah kan?
maka dengan itu aku hidup bahagia sampai sekarang.
sounds selfish?
THIS IS ME.

p/s: sekurang-kurangnya aku tidak menunjukkan kebodohan sendiri untuk tatapan khalayak ramai. masing-masing boleh berfikir. jangan rasa GAH sangat dengan diri sendiri. sedarlah apa yang awak ada tu bukan hak mutlak awak pun. jangan lupa siapa yang lebih berkuasa dekat 'atas' sana tu. *peringatan untuk diri sendiri terutamanya*

Sorry for the inappropriate language used !