aku tau aku coolio ...

hello buddies ! once upon a time … there’s one girl yang suka sangat condemned i . i pun tak tau apa masalah besar hidup dia dengan hidup i . i pergi sekolah pakai stoking pendek and warna-warni pun jadi isu besar dekat dia . dia suka nak comment cara i buat itu ini macam dia tu perfect habis la . perangai macam ******* . lagi mau banyak bunyi . okay … memang i pergi sekolah pakai make-up . pakai eyeliner , mascara , compact powder , lipbalm . then , so what’s your problem bitch ? i punya suka la . bukan i mintak duit you pun nak beli all those make-ups . my money ! so mind your own damn business boleh ? you nak kata i over bila i pakai make-up pergi sekolah ? hahaha . it doesn’t give a damn to your life la . tak payah sibuk . i punya suka . kisah pulak you pasal i kenapa ? nak tunjuk caring ? go fuck yourself brat … even you nak kata i perasan cun and hot sekali pun , you boleh go to hell tau tak ? i tak ramai kawan lelaki sebab i bukan stok murahan macam you . setuju kan ? i know , even Nathalie , my classmate also said that my eyelashes are fake . no lah darling ! bulu mata i original tapi sebab i pakai eyeliner tebal-tebal . that’s why nampak macam bulu mata tak original . tapi i tak kisah . people always talk about whatever meet their eyes but sometimes things are not always as they seen . jadi i hanya buat apa yang i rasa i nak buat . bukan dipaksa dan i pun tak nak people bagi nasihat dekat i lepas tu dia sendiri yang buat . it’s the funniest thing that i’ve ever heard in this 15 years lah . seumur hidup i , inilah yang paling lawak and stupid tau tak . you nasihat i lah konon , jangan wear make-ups to school . tapi lepas tu about 2 or 3 months later , you pun pakai make-up pergi sekolah kan ? jadi apa beza you dengan i ? dua-dua pun hampeh kan . dua-dua pun poyo kan ? so tak payah cakap banyak . urus hal you . hal i , i punya suka . u pakai apa pun i tak kisah then you pun tak payah la kisah apa i pakai bila i pergi sekolah . i nak perasan sekali pun bukan masalah you . bukan kacau you punya kawan-kawan kan . i nak tegur you sekali sehari pun payah . so please … jangan ambik tau hal i .

p/s : gedik ke guna ‘i-you’ ? oh ! for me , yes . but untuk menjadikan entry ni tak kurang ajar . i terpaksa lah guna ‘i-you’ bagai untuk menutup any kata-kata yang tak sopan langsung dibaca . and one more thing , i just write whatever i feel and i felt . no comment untuk entry ni . thanks for stopping by and read .

Sorry for the inappropriate language used !

bila cuti sekolah terlalu lama ...

one day , aku baca novel . dalam novel tu ada cerita pasal one girl ni yang tak reti masak . bila dekat rumah orang baru terkial-kial . nak buat satu apa pun tak reti . adoy ~ sentap gila bila baca benda ni . aku tak reti masak jugak . jadi azam baru aku : nak jadikan cuti hujung tahun ni sebagai cuti yang berfaedah . aku dah penat tidur , bangun , tidur , bangun dan makan . berat aku pun dah naik 2 kg agaknya sebab hari tu aku timbang berat macam dah naik je tapi mati-mati aku kata , alat penimbang berat tu rosak . sengal ! hahaha . aku rasa aku reti masak air sahaja . lain-lain semua tak hebat lagi . even goreng telur pun melekat dekat kuali . huh ! buat air milo , manis sangat la pulak . buat air nescafe , kalau tak pahit , kelat-kelat masam . hahaha . bodoh je . masak nasi ? lagi la aku tak tau … semalam aku telah diajar masak maggi bagi sedap . lain sikit resipi maggi ni daripada yang biasa . and hasilnya … tada ~ perfect ! hohoho ~ walaupun tak sesedap tuan punya resipi yang masak , tapi still boleh makan dan aku boleh gerenti takkan keracunan makanan punya . selain tu , aku sekarang dah rajin basuh pinggan . selalunya aku basuh pinggan aku je . hahaha . pemalas dan pentingkan diri sendiri kan ? sekarang aku akan basuh semua pinggan dalam sinki tanpa disuruh tapi kadang-kadang je la . biarlah kadang-kadang pun . sekurang-kurangnya aku cuba nak buat kan ? tu lebih baik … lepas ni aku nak belajar buat air bagi rasa best and masak nasi . yang lain-lain tu , lain-lain tahun la pulak aku belajar . tak boleh belajar banyak-banyak sekali gus . nanti kena culture shocked . logik ke ? hohoho ~ whatever la . yang pasti , aku dah pandai masak maggi !

Sorry for the inappropriate language used !

FACEbook

aku tak ada facebook . ketinggalan zaman kan ? kawan-kawan sibuk suruh buat facebook . tapi apa ada dengan facebook ? tak ada apa kan . aku pelik bila kakak aku buat ala-ala jejak kasih dalam facebook . hahaha ! add adik-beradik , sedara-mara , sepupu-sepapat sebagai friends dalam facebook . macam lawak je . dengan sedara-mara pun boleh jadi member dalam facebook . nak buat apa ? tapi sekarang aku terpaksa akui , yang dengan facebook tu boleh cari balik member-member lama yang dah terpisah . tengok kakak aku , dia dapat add member dekat rumah lama , member masa sekolah rendah , sekolah menengah , MRSM , matrix and universiti dia . aku ? apa pun tak ada . kuno gila . tiba-tiba aku rasa rindu dengan semua orang … especially member dekat rumah lama la . walaupun aku tinggal dekat situ sampai darjah 2 je . and sekarang aku dah form 3 nak masuk form 4 . berapa lama dah terpisah ? tapi aku still ingat lagi dekat member-member hingusan tu walaupun sekarang ni samar-samar je . ingat-ingat lupa je . tapi aku ingat la jugak . aku nak jumpa la dengan dorang . aku nak tengok muka sorang-sorang . mesti cantik-cantik . aku je yang hodoh lagi . aku nak jumpa dini , along , angah , diyana . member masa zaman budak-budak , zaman tadika and zaman selekeh time darjah 1 & 2 tu . huh ! rindu dowh . mana aku nak cari dorang ni . kalau dapat jumpa balik mesti best . ada lagi , kak nana jiran depan rumah , kak zira anak cik nor , adik ain anak cik nor jugak and kawan yang aku suka ajak main kejar-kejar dulu . apa nama dia aku dah lupa pulak . tapi yang aku ingat , rumah dia dekat hujung dan ada buaian . aku ingat lagi , aku dulu suka panjat-panjat dekat luar rumah dia sebab main sorok-sorok . macam sengal ! hahaha . lepas tu , dekat rumah lama tu aku ingat lagi . ada satu rumah yang jual aiskrim strawberry . sedap gila ! ada lagi tak orang tu eh ? yang paling tak boleh lupa masa 6 tahun , gedik sangat main basikal dekat court lepas hujan . dengan pakai skirt , terjatuh and terhentak kepala sebab tergelincir . padan muka ! 2 kali pulak tu . satu sebelah kanan , satu sebelah kiri . then , dulu-dulu aku mengaji dekat rumah orang sebab tu masa umur 6 tahun aku dah masuk quran . aku panggil ustazah yang ajar mengaji tu , cikgu ibu . dah cikgu , ibu pulak tu . hahaha . lepas tu dulu-dulu aku sekolah agama dekat pulapol . aku ingat lagi ada sorang ustazah tu belanja aku air sebab aku tolong kemas meja dia . apa nama ustazah tu aku tak ingat . tapi ada satu ustazah tu , guru kelas masa darjah 2 dekat sekolah agama yang sayang gila kat aku . selalu puji aku . hahahaha . bangga seyy … tapi masa tu jadual packed gila . pagi , pukul 6.30 kut dah kena keluar rumah walaupun sekolah agama start pukul 8.00 tapi sebab kena hantar kakak yang sekolah dekat smk puteri titiwangsa , so bapak aku kena la keluar awal . lepas tu pagi-pagi sampai sekolah agama mesti pergi kantin minum air milo panas . hohoho ~ balik sekolah agama pukul 10.00 , jalan kaki . adoyy . jauh derr . tapi dulu tak kesah , sekarang sekolah sejengkal je dari rumah . dah la balik pukul 10.00 pagi , lepas tu jalan kaki , nak makan and mandi lagi , pukul 11.00 dah kena naik bas nak pergi sekolah rendah yang patutnya masuk pukul 1.10 . bukan main awal lagi kan ? lepas tu balik sekolah pukul 6.00 petang , tapi naik bas pukul 6.30 sebab masa tu ada kelas bahasa arab . lepas tu sampai rumah around 7.00 malam . orang bas tu selalu hantar aku last sekali ! lepas tu mandi-mandi , kena pergi mengaji pulak . sebelum maghrib dah terpacak dekat tempat mengaji sebab nak mengaji dulu , takut kena beratur . dulu-dulu tak sembahyang , boleh la cerita , sebelum maghrib dah pergi . hahahaha . sebab apa tak nak beratur ? sebab nanti turn mengaji lambat so terpaksa balik malam . takut nak jalan sorang-sorang . dah la gelap je . hahaha ! kisah lama . kalau nak cerita . beratus-ratus muka surat pun belum tentu cukup . stop la .

p/s : mana aku nak cari member-member lama tu eh ? ada lagi ke dorang dekat setapak jaya rejang 4 tu ? yang aku tau , along dengan angah ada lagi sebab rumah dorang tu rumah beli . dini pulak , mak aku kata ada dekat keramat . huh ! yang lain-lain tak tau . tolong lah . rindu gila zaman budak-budak tu .

Sorry for the inappropriate language used !

P-R-O-B-L-E-M-S

macam tak ada otak pun ye jugak . bukan nak kurang ajar ke apa ke tapi nak cakap pasal kenyataan . masalah sendiri libatkan orang lain . elok-elok sikit orang je yang terlibat , sekarang ni habis semua terjerat sekali dengan masalah yang bukan berpunca daripada diri sendiri . bukan tak nak faham , bukan tak nak simpati tapi fikirlah akibat dekat orang lain jugak . anda best la . sepanjang hari anda tinggalkan beban masalah anda dekat orang lain . ada tak fikir ke orang lain tu bila anda bebankan sekali masalah anda dekat dorang . ada anda fikir macam mana dorang kena handle masalah anda tu bila anda tinggalkan dekat dorang ? bila orang berterus-terang dengan anda , anda terasa hati . habis tu macam mana lagi nak buat anda faham apa yang orang lain ni rasa bila anda bebankan dorang dengan masalah anda ? anda tau tak , bila anda buat macam ni , anda macam lepaskan leher anda sendiri je . lepas tu anda jerut leher orang lain pulak . bukan nak selfish tapi anda tu yang tak reti ke nak fikir . pretending like nothing happen sedangkan anda tau orang merungut pasal masalah anda tu . sampai bila anda nak pekakkan telinga anda ? sampai bila anda nak pura-pura tak tau ? sampai bila anda nak pentingkan diri anda sendiri ? sampai bila anda nak susahkan orang lain ? tak ada perasaan ke bila buat macam tu dekat orang lain ? anda yang cari masalah . patutnya anda dah ada penyelesaian . bukan anda pulak tanya orang lain macam mana nak selesaikan masalah anda . anda sendiri yang cari masalah , anda la cari jalan nak settlekan . kalau masalah anda tu sekecik-kecik masalah tak apa . ni , masalah anda tu macam disaster gila dekat orang lain . harap faham la wahai anda … cakap kias-kias , anda pura-pura tak faham . bila cakap terus-terang , anda pulak terasa hati . lepas tu , anda suruh pulak orang lain fikir macam mana nak selesaikan masalah anda . huh ! use your brain la . please think about others too … don’t be so selfish .

Sorry for the inappropriate language used !

idea gila :P

suddenly aku suggested dekat my sis , alyn ... why not kita buat double date . whoa ! dia dengan boyfriend dia . aku dengan boyfriend aku . macam bodoh je kan ? tapi entah la . aku rasa macam best je . kakak aku sempoi je . tak kesah pun aku couple masa umur-umur macam ni sebab dia pun pernah lalui benda yang sama . dia faham macam mana sebab tu dia tak banyak cerita . yang paling penting , dia tak report dekat mak aku selagi aku tak buat benda-benda bengong ! cadangan mula-mula nak pergi times square je . tengok wayang ke . but tiba-tiba tadi aku cakap dekat dia , jom pergi jomheboh nak ? 11 and 12 december nanti . wahh ! macam best je . tapi macam boyfriend aku nak ikut . dia dah la pemalu . hahaha . pemalu ke ? kalau dia tak nak , aku menyelit je la ikut kakak aku dengan boyfriend dia *alyn alyn , boleh tak ?* . macam sengal je buat double date dengan kakak sendiri tapi apa ada hal . beza umur aku dengan sis aku , 4 tahun je . still okay apa . aku 15 , dia 19 . selagi dia belum masuk kategori 20an tu , belum dikira tua lagi la . karang dia dah masuk 20 tahun baru aku tak nak buat double date dengan dia dah sebab aku tak nak keluar dengan orang tua . hahaha ! sebab tak cool la sis *jangan sentap ye :D* ... tadi tiba-tiba aku dengan kakak aku bukak perbincangan yang agak serius . masa aku tengok dia tengah bersenang-lenang baring atas katil sambil dengar mp4 and baca novel , aku pun lompat naik atas katil . lepas tu bukak keropok roller coster perisa sweet and spicy . hohoho ~ lepas tu kita orang bincang pasal masa depan . antara isi perbualan kami :

- agak-agak hang nak kahwin ke dengan boyfriend hang sekarang ?
- bila masuk universiti nak belajar apa ?
- bila keluar universiti nak jadi apa ?
- kerja apa dapat gaji banyak ?
- macam mana ek nak tentukan cita-cita ? minat kita more ke arah mana ?
- nanti dah kerja nak beli rumah and kereta baru kahwin ke ?
- nak rumah apa , kereta apa ?
- kenapa nak ada rumah and kereta sebelum kahwin ?

serius kan perbincangan ni ? berkaitan masa depan je . tapi ni hanya perancangan . tak salah merancang kan ? baru lah kita ada wawasan . ada target . apa yang kita nak dalam hidup . kalau tak ada angan-angan dan impian . macam mana kita nak berusaha capai ke arah tu kan ? jadi kami hanya ingin masa depan kami cerah seperti bulan mengambang malam ni *cuba tengok kat luar rumah korang* . doakan kami dapat apa yang kami impikan ye ! *skema , huh ?*

p/s : i better stop typing now . aura pensyarah aku dah keluar *angan-angan lagi*. kalau tak stop , nanti lagi panjang entry ni . lagi panjang aku membebel dan mengarut . lagi bosan korang baca . till then ...

Sorry for the inappropriate language used !

kecewa ... kecewa ...

jamuan kelas dibatalkan ... whoa ! frust siot . plan dah cantik dah . sesiapa yang dah baca entry aku kat bawah pasal jamuan kelas aku tu mesti tau betapa excited nya aku . sekali teacher pulak tak boleh join . so memang ramai la mak bapak yang tak bagi pergi . biasalah semua budak kelas 3 suria ni memang tak bebas macam orang lain . semua anak mak *tak salah okay* . but , aku kecewa gila dowh . aku dah excited gila tapi tiba-tiba cancel last minute dowh . haiyo ~ tak boleh nak salahkan sesiapa la . ini semua sebab perangai budak-budak 3 suria yang macam-macam hal . termasuk la aku yang mengada-ngada . tak nak pergi times square sebab lame gila . banyak hal la semua . tapi kan aku nak cakap lagi , lagi dan lagi yang aku sangat kecewa ...

p/s : aku nak lupakan ... lupakan ... tolonglah ! aku dah cukup frust ni ...

Sorry for the inappropriate language used !

bastard !

fikir kau bagus ke sakai ? tak mana aku suka kau la . dulu kau boleh cerita , sekarang tak payah . nak muntah aku . bodoh punya jantan . aku dah happy dengan boyfriend aku . kau tak payah cari pasal bengong . aku tak kacau kau , kau tak payah kacau hidup aku . aku ingatkan kau dah mampus , rupa-rupa ada lagi . kau fikir aku kesah sangat dengan awek kau ? biarlah dia seksi , aku tak seksi pun . aku peduli apa . dosa aku , aku tanggung . dosa kau dengan dia , kau punya pasal la . aku peduli apa , kubur lain-lain kan ? aku pun tak tau apa bodoh sangat aku suka kau dulu . nak kata handsome . prakk gila . tapi yang pasti aku dah tak suka kau dengan kata lainnya benci . paham sengal ? kau dah la romeo . playboy la konon kan ? bajet market ahh ?  weyy , tak payah poyo la dengan aku . aku tak kesah langsung-langsung . aku cuma nak kau blahh je dari hidup aku . senang kan ? habis cerita . tu pun susah ? nak aku cakap bahasa apa ? aku ni bahasa melayu je pandai . bahasa inggeris pun hancur jugak . kalau kau nak aku cakap bahasa lain , tunggu aku upah translator dulu . lepas tu baru kau nak paham eh ? bahasa apa kau nak , huh ? sebenarnya aku nak je tulis nama kau kat sini tapi kan , nanti kawan kau merangkap kawan aku tu sentap pulak . aku tak nak la gaduh dengan kawan aku sebab kau . kalau gaduh dengan dia sebab kau macam tak berbaloi pulak . 

p/s : sorry readers sebab guna kata-kata kesat sikit . banyak sebenarnya ... bila marah , semua keluar tak bertapis langsung . maaf ye ! kalau rasa macam hampeh je entry ni , sila abaikan . *tengok bawah , tengok bawah*

Sorry for the inappropriate language used !

kecemasan ... kecemasan ...

what the hell is going on ? huh ! apa dah jadi dengan myspace saya ? dah berbulan-bulan aku tak sign in , tiba-tiba bila aku sign in hari ni , aku tengok dah lain gila gila gila gila . aku dah tak tau nak guna macam mana . ishh ... kusut kusut . nak delete , sayang la pulak . nak biar macam tu je , pun okay jugak . tapi aku pulak yang frust bila tengok myspace tu macam tu . apa patut aku buat ni ? ngeee ~ bengang gila . padan la muka dengan diri sendiri kan . sibuk sangat jaga http://i-love-the-way-i-am.blogspot.com ni sampai myspace pun terabai . dasar pilih kasih betul aku ni . *myspace dah merajuk . dia dah buat 'plastic surgery' sampai aku dah tak boleh cam dia* . walaupun budak-budak kelas aku kata , myspace ni kuno , aku peduli apa kan . aku punya suka la . aku tak ada facebook pun biarlah . aku tak minat facebook ! aku nak tulis blog je sekarang ni . lain-lain tak nak . sebab blog , myspace aku tak terjaga . tu belum tengok account yahoo messenger aku lagi . wujud lagi ke tak agaknya . semua sebab blog ni . haih !

p/s : myspace , saya sayang awak . jangan la buat perangai . huh !

Sorry for the inappropriate language used !

pada zaman dahulukala ...

tiba-tiba aku teringat , dulu-dulu , masa zaman hingusan dulu . time tu aku form 1 . aku ada kawan baik , nama dia nadhirah binti shamsul ariffin . aku start rapat dengan dia ni since darjah 6 sampai la form 1 . hujung tahun form 1 tu , dia pindah selayang . dia sekolah dekat smk seri selayang kut kalau tak silap aku . dia cantik , dia cute . aku suka kawan dengan dia sebab dia baik , sporting , caring . kesimpulannya : dia memang best gila ahh . mak dia pun baik *aunty eleeza , saya suka aunty la* . adik dia , aku panggil eyca , comel gila . chubby ! aku pun suka adik dia . aku rindu gila dengan mereka ni . sebenarnya aku nak cerita pasal kiss kiss ni . masa form 1 dulu , aku dengan nadhirah ni selalu main cium-cium . tapi aku tak pulak geli sebab aku yang cium dia dulu . nanti dia mesti balas balik . tapi aku memang rindu la dengan dia ni . tak tau macam mana nak cakap . kita orang dah jarang contact sekarang sebab aku rasa kekok sikit nak cakap dengan dia . ya la , dah lama tak jumpa dia . tapi kan kalau la aku dapat buat permintaan , aku nak dia ni sekolah balik dekat smk setapak indah and sama kelas dengan aku . aku nak dia duduk sebelah aku dalam kelas . masa form 1 dulu aku selalu borak-borak dengan dia dalam kelas masa cikgu tengah mengajar *tapi kalau tak dapat borak , kita orang mesti main pass-pass kertas , tulis atas kertas apa yang kita orang nak cakap . tak pernah kantoi dengan cikgu tau* . walaupun kita orang suka borak-borak masa cikgu mengajar , result kita orang tak la teruk . kita orang mesti jadi ‘top 10’ setiap kali exam *masa zaman form 1 dulu la* . okay la tu kan . kita orang kelas pertama dalam form 1 dekat smk setapak indah tu and jadi ‘top 10’ . dah okay la tu . bersyukur je la . aku pun bukan pandai mana . kita orang mesti bersaing setiap kali exam . walaupun suka borak macam tak ingat orang depan belakang , walaupun kita orang suka ketawa macam pontianak , bila time nak exam , kita orang study . tapi since dia pindah , masa tu aku dah naik form 2 , result aku teruk gila . tak pernah hayat aku , ada tersesat ‘D’ dalam report card . tiba-tiba aku dapat ‘D’ untuk maths . sedih tak ingat aku masa tu . masa form 3 pun sama , aku tak semangat nak study . result aku teruk memanjang . ‘C’ tu memang dah biasa la sampai mak aku pun tak tau nak cakap apa dah . sedih , siapa yang tak sedih bila result hancur macam tak pergi sekolah . sedangkan hari-hari pergi sebenarnya . tapi aku tak tau apa aku belajar . result hancur buat rabak muka sendiri , buat rabak muka mak bapak je  . aku tak tau apasal ada je kawan-kawan aku yang result lagi teruk daripada aku tapi still steady macam tak ada apa yang jadi . sampai la 1 day ni , aku fikir balik apa yang dah jadi dengan aku dalam 2 tahun ni . apa yang buat aku jadi macam tu . aku fikir balik . aku silap dekat mana sampai hancur macam tu result aku . after tu la aku tau silap aku and aku cuba nak ubah . aku belajar untuk tak campur masalah aku dengan study aku . time study , masalah belakang punya cerita . sampai la exam pertengahan tahun form 3 ni , aku dapat ‘6A 2B’ . okay lah . aku happy walaupun 8A tu aku still tak dapat tengok dalam report card aku =D . then untuk trial PMR , aku frust sikit sebab aku dapat ‘7A 1C’ . ‘C’ tu geografi . adoii … aku memang hancur la kalau bab-bab hafal peta ni . tapi aku tetap happy sebab maths yang masa form 2 dulu aku dapat ‘D’ , untuk percubaan PMR ni aku dapat 95% . bangga seyyy … siapa tak happy kan kalau apa yang dia tak pandai dulu , dia dah dapat buat *thanks to puan hazipah and kawan-kawan* . aku harap aku dapat ‘8A’ untuk PMR sebab kakak aku dulu dapat ‘8A’ . kalau aku tak dapat malu la dowh , masa UPSR dulu aku dapat ‘5A’ , kakak aku dapat ‘4A 1B’ je . takkan la PMR aku nak kalah dengan dia . tapi aku still tak nak berharap sangat , takut nanti kecewa . ya la , aku bukan pandai macam orang lain . orang study aku tidur , orang tidur , aku tidur jugak . dah dekat-dekat PMR baru kelam-kabut gila nak study  *masa tu aku rasa tidur lagi penting , sengal kan ?* biarlah . aku suka tidur sebab kalau aku tak tidur , nanti kepala aku rasa macam kena pusing ratus-ratus kali . pening je ! sebab tu aku suka tidur . mak aku suka marah bila aku tidur . habis tu … kalau aku tak tidur , aku rasa sakit kepala , mak aku bukan nak tolong picit-picit ke apa kan kan ? friends : yang baik-baik tu , ikut la *ada ke cerita baik pasal aku kat atas , huh ?* . yang jahat-jahat tu , jadikan pengajaran . jangan ikut sama-sama jadi bodoh macam aku dah . nanti menyesal tak sudah .

p/s : nadhirah binti shamsul ariffin , aku tetap sayang kau walaupun kita jauh , walaupun kita jarang contact , walaupun kita terputus hubungan . aku tetap akan ingat kau sampai bila-bila sebab aku rasa kau ialah bestfriend aku yang pertama and betul-betul best . semoga kita dua-dua dapat 8A dalam PMR . aku sayang kau ! *jiwang huh ? biarlah derr .*


Sorry for the inappropriate language used !

stupid answer anyway T-T

haih ! aku dah search dekat internet pasal pacat tu , tapi jawapan pertama yang aku dapat terus buat aku tak nak cari jawapan lain dah . ada ke patut , dia kata tak ada cara untuk elak daripada kena gigit pacat . cara yang dia cadangkan , selalu check kaki and pakaian kita . tu je . bodoh sungguh ! aku pun tau . kalau setakat tu , tak payah la penat-penat aku search dalam internet . dah la internet slow macam kura-kura . dah tu bila dah keluar article yang aku nak , jawapan pulak prakk gila ! dah dah . aku dah malas nak cari sekarang . macam sakai je jawapan .

p/s : i'll do some research later . i'm hungry . i haven't take my breakfast yet . i easily get angry if i am hungry . sorry !

Sorry for the inappropriate language used !

i will go to ALANG SENDAYU ...

happy happy happy . i've made my decision . i will join my class party that will be held at alang sendayu . next wednesday . af'rina , my class' treasurer said that our bus will be 'cikai jea' . hahhaha . apa la rupa bas tu nanti ? can't wait . i'm just sooooo excited . i'll spend my day with my wonderful friends . but i just afraid of something , is there any lintah or pacat ? somebody please tell me that there's no lintah or pacat there . huh ! my father's story , scared me . please don't bite me lintah , pacat . i don't wanna get any love bite from you all . please please please ! it can be my worst nightmare , huh ! i think i'm just not afraid of cats . i'm scared ! even it's just a hamster , it will scared me . anybody knows how to prevent the lintah or pacat from biting me ? nobody knows isn't ? huh ! i think i need to search about it in the internet .

p/s : i stop now . i want to do my research =D

Sorry for the inappropriate language used !

PINKY BLOG ! usaha tangga kejayaan =P

finally , aku telah berjaya meng-edit blog aku menjadi pink *suka suka* . actually aku suka benda-benda warna pink je . tapi aku tak suka pakai apa-apa warna pink . baju ke seluar ke kasut ke , oh tidak !! jangan la warna pink . aku rasa aku started obses dengan benda-benda warna pink ni since kak diyana gave me a bag , make up bag or maybe juga boleh jadi pencil case warna pink  i really really love it . bag warna pink tu sangat cantik . jadi , bermula dari situ la aku suka warna pink . tiba-tiba aku teringat satu hal ni ... ceritanya , kakak aku , alyn dapat masuk uitm shah alam . then , pegi sana , penyapu tak bawak , penyodok sampah pun tak bawak . aishh ... macam mana la preparations pun tak lengkap . then , aku dengan mak aku pergi la dekat satu kedai tu , suddenly my eyes catched a view of  pink coloured broom . jadi , aku suruh la mak aku beli yang tu , nasib baik penyodok sampah tak ada warna pink kalau tak mesti dah beli . sebab dah tak ada penyodok sampah warna pink , beli je la warna merah . walaupun aku tau kakak aku suka warna purple and tak suka warna pink , aku peduli ape . aku yang ikut mak aku pergi beli , aku pilih la warna yang aku suka . lagipun , mana ada penyapu ke penyodok sampah warna purple . ada ke ? tak pernah tengok pulak . kesimpulannya , aku telah edit blog aku ni sampai jadi pinky habis . pink sana , pink sini . kalau boleh nak buat tulisan pun semuanya warna pink tapi nanti ada pulak yang pening sebab masuk blog aku , jadi sebagai precaution , tulisan semua biarlah warna hitam . itu sahaja . sekian , terima kasih .

Sorry for the inappropriate language used !

ini kisah 3 ekor monsters ...

cerita ini diadaptasi daripada kisah sebenar yang memang berlaku dan tengah berlaku depan mata aku sendiri *intro kasi gempak sikit* . sebarang gambar berkaitan dengan 3 ekor monsters ini tak akan diselitkan di mana-mana ruang pun di dalam blog aku ini kerana hanya akan menambah keadaan semak yang sedang berlaku dan sedang berleluasa di dalam blog aku ni *dengan kehadiran banyak gambar* . jadi , untuk mengelakkan sebarang kesulitan pada masa hadapan , ‘cegah sebelum parah’ . antara kesulitannya : bila gambar-gambar monsters ini tersebar , sure punya akan ada yang nak tangkap monsters ni untuk ditambah menjadi koleksi haiwan-haiwan yang ada di dalam zoo negara . jadi kerana tidak mahu perkara menjadi lebih buruk dan mereka ni disumbat ke dalam zoo , aku tak akan dedahkan identiti 3 ekor monsters ini *baik hati kan?* aku mengambil keputusan macam tu kerana mereka ni tak la membuat kacau dalam dunia ni . mereka cuma sedang membuat huru-hara di rumah aku sahaja . jadi , pejam sebelah mata sudah . walaupun , aku rasa rumah aku sudah nak terbalik dengan kehadiran 3 ekor monsters yang ‘terlampau’ ni . jom baca …


monster besar

monster ini lebih dikenali dengan nama monster gigi rongak . kerana keadaan giginya yang masyaAllah . seram nak tengok *metafora lebih =D* . monster ini , kegedikannya juga sangat terlampau . gedik sana , gedik sini . perasan sana , perasan sini . aishh … menyampah aku melihatnya . apa yang boleh aku buat ? hanya melihat . berat mata memandang , berat lagi bahu yang memikul . monster ini juga sangat manja . kemanjaan dia membuatkan berbulu mata aku nak tengok , lihat , pandang . *hohoho~* dia sering dimanjakan oleh bapanya *ku akui ku sering cemburu* . monster ini juga sangat menyakitkan hati aku . kata-katanya memang membuatkan aku rasa tercabar . bila membalas balik apa yang orang cakap juga , dia la juara . tiada yang lain . kalau malaysia ini tiada undang-undang , sudah lama ku bunuh dia .


monster sederhana

monster ini dikenali sebagai monster degil . monster ini sangat tak mendengar cakap orang . suka hati dia nak buat apa . kerana keadaan kepalanya yang memang keras macam batu itu , dia sering dimarahi oleh nenek tirinya . padan dengan muka dia . aku suka bila dia kena marah , kerana aku memang dendam dengan monster ni sampai bila-bila . kurang ajar gila . dengan orang yang tua 10 tahun daripada dia pun , dia boleh bercakap guna ‘kau-aku’ sahaja . *siapa kata dia ni tak kurang ajar , sila angkat tangan ?* kalau aku diberi pilihan , monster ni la yang pertama aku akan lenyapkan daripada muka bumi ni . biar hilang daripada pandangan mata .


monster kecik

monster ini dikenali dengan nama monster hyper . monster ini aku gelar monster betina walaupun bejantina jantan kerana monster ini sangat tertarik kepada teddy bear aku yang bernamamomo. kenapa nama teddy bear aku macam tu ? biarlah , aku punya , anda apa kesah . nama teddy bear saya ini diberi oleh kakak saya , alyn . dia yang memberi nama ini dan sehingga sekarang saya masih menggunakan nama ini untuk teddy bear saya *nanti saya upload gambar teddy bear saya yang comel pada entry-entry yang akan datang* . berbalik kepada cerita monster kecik ini , monster ini saya panggil monster hyper kerana monster ini sangat hyperactive . bila saya terpaksa menjaganya , saya akan berasa penat sampai nak pengsan selepas itu . dia sangat aktif . berlari sana sini . panjat sana sini . lompat sana sini . baling itu ini . huh ! penat aku menjaga dia . mulutnya juga sangat bising . monster baru nak belajar bercakap , macam tu la . kalau ada jin yang bagi aku 3 permintaan , aku akan pilih untuk kecikkan dia semula menjadi monster bayi kerana lebih senang untuk diurus dan dijaga . hanya beri dia minum susu , dan dia hanya terbaring diam-diam di situ sahaja . tidak membuat huru-hara sana sini . kalau tidak pun , aku akan membuat permintaan untuk membesarkan monster ini menjadi lebih besar daripada usia dia sekarang , kalau boleh sama umur dengan aku dan menjadi monster yang sangat kacak , tampan , handsome . boleh juga dijadikan boyfriend atau scandal . *angan-angan minah jenin* . itu lebih baik kan ?

p/s : sekian sudah cerita saya . skema bukan bahasa yang digunakan dalam cerita ini ? biarlah , saya bangga kerana saya dapat menulis dalam bahasa melayu dengan baik . saya bukan jenis melayu lupa diri . mentang-mentang la ‘anda’ boleh bercakap bahasa inggeris dengan superb , sampai bila bercakap guna bahasa melayu pun ada slang british , american tu lagi . poyo je . berpijak la dekat bumi nyata . anda tu masih lagi ada di malaysia . bukan di london , new york ke apa ke . dasar tak sedar diri . nak cakap bahasa inggeris pun berpada-pada la , jangan sampai bunyi terlebih inggeris daripada melayu sudah sedangkan rambut dan kening tu colour hitam berkilat . mata pun warna hitam bukan biru pun yang nak poyo sangat . *kita bebas nak beri pendapat kita kan ? lagi-lagi berdasarkan kenyataan yang memang terang-terangan terbukti tu* .


terima kasih kerana membaca cerita karut ini . i love you .

Sorry for the inappropriate language used !

selamat hari raya aidiladha =D

hari raya datang lagi ! walaupun raya haji sahaja , saya tetap happy . saya tetap akan bergembira seperti tahun hadapan raya dah tiada lagi . raya aidiladha ini saya panggil raya lembu *suka-suka saya je kan letak nama bukan-bukan?* . saya bagi nama ini kerana dah memang wajib akan ada lembu yang terkorban setiap tahun . jadi bukan salah saya jika nama ini muncul kan ? satu pantang larang yang saya reka cipta untuk diri sendiri pada setiap kali raya ini tiba :jauhi daging , jangan makan daging. ini kerana saya sangat takut dan kesian bila melihat lembu-lembu yang teraniaya ini disembelih . tapi saya tetap suka tengok bila orang menyembelih lembu . saya tetap nak tengok walaupun saya takut . semuanya sebab sekali setahun je saya boleh tengok , jadi biarlah setiap kali raya ni datang , saya enjoy betul-betul . saya excited juga sebab ibu saya masak rendang daging , nasi tomato and ayam masak merah untuk raya kali ni . tu je . sikit kan ? alasan mak saya masak sikit : penat ibu … korang bukan nak tolong nanti . tau makan je . *saya dan kakak saya memang pemalas* alah ibu … sekali-sekala je la . fullstop . =D

p/s : nanti-nanti saya akan post entry baru lagi dengan gambar-gambar bersama family saya dan lembu masa sambut hari raya aidiladha ni sebab sekarang ni internet slow sangat macam siput babi *biasalah , line curi* . till then ...

Sorry for the inappropriate language used !